in

Peraduan Menang Iphone 5C Dalam Cabaran Hensem Maksimum

Sebelum meneruskan ngomelan selanjutnya di blog ni, Budiey nak tanya anda semua, apa maksud ‘hensem’ ek? A-haaa… apa punya soalan daaa. Soalan paling senang nak jawab, kan? Dah tentu korang akan jawab, kacak bergaya, segak, ohsem dan banyak lagilah perkataan seangkatan dengannya.

Tapi tahukah korang, hensem tu sebenarnya banyak huraiannya, banyak maksud tersiratnya. Seperti juga istilah ‘cantik’, hensem juga sebenarnya kena datang dari hati yang bersih dan positif, terus naik aura cahaya ke wajah. Walaupun Hensem berasal dari perkataan Inggeris, HANDSOME tapi ramai dari kita yang mengeja dengan lebih ringkas. HENSEM. Haa, barulah ohsem!

Sekarang, Budiey bukannya nak buat carta selebriti mana yang HENSEM MAKSIMUM di Malaysia. Tak, tapi Budiey ada cara sendiri mendefinisikan HENSEM MAKSIMUM tu macamana. Officially, memang Budiey bersetuju jika ada yang mengangkat Keith Foo adalah pelakon lelaki yang HENSEM MAKSIMUM sekarang ni.

Maklumlah, apabila dah makin hot, ada aura, makin popular ni, kemana sahaja Keith Foo pergi pasti menjadi tumpuan ramai. Keith Foo sangat cool.

Keith Foo sebagai Tengku Adam

Kalau penyanyi pula, Budiey menobatkan penyanyi Anuar Zain antara yang HENSEM MAKSIMUM. Nilai dari segi bakat Anuar Zain, dia nice, selalu merendah diri, lemah lembut, selalu tersenyum manis, dan pandai melayan peminatnya. Tidak hairanlah dia dapat bertahan lebih 30 tahun dalam industri muzik.

anuar zain

Ketepikan seketika ke-hensem-an Keith Foo dan Anuar Zain yang MAKSIMUM tu. Kerana apa yang Budiey mahu ceritakan tentang peraduan terbaru yang dilancarkan oleh Vaseline MEN melalui aplikasi Facebook yang diberi nama HENSEM MAKSIMUM.

Hensem Vaseline

Sebenarnya, peraduan ini tidaklah baru sangat sebab dah pun bermula bulan Mac lepas dan akan berakhir sampai bulan Jun 2014. Apa yang gempaknya, hadiah peraduan ini ialah telefon pintar iPhone 5c untuk dihadiahkan setiap minggu. Ini bermakna, setiap minggu ada seorang pemenang akan mendapat sebuah iPhone 5c. Giler-ah, mesti best maksimum nih. Jadi, korang kena bertindak cepatlah kalau betul-betul nak menang iPhone 5c tu.

Bagaimana Cara Nak Menang?

Mesti korang tertanya-tanya dari tadi, bagaimana cara nak menang dengan mudah peraduan ini kan? Haaa, mesti ada tips dan cara yang betul untuk menang.

Peraduan ini sebenarnya mahu mencungkil sejauh mana anda boleh control macho dan dalam masa yang sama menonjolkan tahap keyakinan dalam diri korang. Setiap hari Isnin, Vaseline MEN akan mengumumkan cabaran baru. Apa yang pasti, korang perlu menyahut cabaran yang diberikan setiap minggu. Senang je nak sertai peraduan ini. Anda hanya perlu mengambil gambar wajah anda yang menggambarkan keyakinan yang paling tinggi. Nama pun HENSEM MAKSIMUM, kan?

Hensem Vaseline

Tips yang mudah, apa sahaja cabaran yang diberikan, wajah anda perlu nampak cool dan rileks je. Yang penting, setiap cabaran pastinya ada keunikan dan kesukarannya tersendiri, jadi anda kena tonjolkam muka yang terbaik. Mungkin cabaran itu nampak memalukan diri sendiri tapi itulah cabarannya.

Okay-lah, Budiey pun nak cuba join peraduan ini. Sekadar suka-suka je. Tapi kalau terpilih tu, kira beruntung-lah. Just for fun okay. Budiey dah pun upload gambar. Kalau nak tengok gambar Budiey, boleh klik SINI. Jangan lupa LIKE ya. Satu benda yang penting, jika Budiey dapat mengumpulkan jumlah LIKE mencecah 100 LIKES, Vaseline MEN telah berjanji untuk menaja sebuah goodie bag yang istimewa untuk seorang pembaca bertuah. Jadi apa tunggu lagi? Hadiah tu, Budiey akan berikan dalam satu peraduan kat blog ni, itu pun jika Budiey dapat 100 LIKES la kan?

hensem vaseline

Jadi, apa tunggu lagi! LIKE la banyak-banyak.

Budiey mahu mengakhiri entri ini dengan serangkap pantun

Keith Foo hensem, Anuar Zain pun hensem
Menang iPhone 5c ni mesti korang rasa ohsem!

hensem maksimum

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aliff Aziz Jawab Isu Dikatakan Tidak Berdisiplin

Final Trailer Filem X-Men: Days of Future Past