in ,

Peraduan Menang Hadiah Lumayan Kempen Salute Malaysia

Sepanjang Ogos yang dinantikan setiap tahun, rumah, kenderaan dan banggunan akan dihiasi Jalur Gemilang dengan megah sehinggalah tiba tanggal 31 Ogos. Namun hari ini, jalur gemilang semakin berkurangan dikibarkan seepas tarikh bersejarah itu berlalu.

Menyedari tanggungjawab menyemai rasa cinta terhadap Jalur Gemilang yang seharusnya ditanam dalam setiap dijiwa individu yang merdeka, Yayasan Perdana Ummah (YPU) dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur UniKL dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) melahirkan idea bag menzahirkan lagi kempen Jalur Gemilang dengan kempen Salute Malaysia.

Salute Malaysia

Kempen-kempen tersebut berobjektif menanam semangat kecintaan terhadap jalur gemilang secara zahir khusus kepada generasi baharu. Sekaligus ianya sebagai salah satu pengisian bagi membuktikan kesungguhan dan kebanggaan menjadi anak Malaysia yang hidup dalam suasana negara merdeka.

Secara tidak langsung kempen ini membuktikan kepada negara luar bahawa masyarakat di negara ini masih mampu bersatu walaupun sejak akhir-akhir ini negara ditimpa pelbagai musibah seperti membabitkan pesawat MH370, MH17, isu Lahad Datu dan beberapa lagi.

Majlis pelancaran yang diadakan di perkarangan Kampus Kota UniKL baru-baru telah dilancarkan oleh pemain badinton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei dan turut dihadiri oleh lebih 20 selebriti serta 30 atlit negara.

Ketua Pengawai Eksekutif YPU, Shahrul Nasrun Dato’ Kamarudin berkata, pembabitan para atlit serta para selebriti untuk acara tersebut sebagai ikon yang dilihat mampu menjadi landasan terbaik dala menyampaikan maklumat kepada seluruh masyarakat di negara ini.

“Tidak dinafi, selebriti hiburan dan sukan tanah air memaikan peranan penting dalam menyampaikan mesej negara kepada selurh masyarakat. Sebagai individu yang mempunyai pengaruh besar buat generasi baharu, kami yakin kempen ini mampu merealisasikan objektif utamanya”, katanya.

Sementara bagi melengkapkan kempe tersebut, YPU turut menerbitkan lagu tema ‘Salute Malaysia’ ciptaan Ct Farish dan liriknya oleh Shahrul Nasrun bersama Amelia Hassan. Lagu tersebut dinyanyikan oleh barisan artis popular seperti Amy Search, Cat Farish, The Fabulous Cats, Lah Ahmad, Zain Ruffedge, Tiga Swagger, Ronie (Hyper Act), YMY, dan Ustaz Kyrel (ketua Munsyid Nur Ahli Badar YPU).

Selain kempen, seluruh warga Malaysia juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM20,000 dengan memuat naik gambar “Tabik Hormat” Jalur Gemilang dalam laman sosial yang disediakan penganjur berserta #SALUTEMALAYSIA, DAN #NEGARAKU. Gambar dengan idea yang kreatif akan dipilih sebagai pemenang dan penyertaan dibuka dari sekarang sehingga 16 September ini.

Cara-cara memuat naik gambar Salute Malaysia
1. Ambil Gambar sambil salute (tabik hormat) Jalur Gemilang secara kreatif
2. Muat naik gambar ke media sosial seperti Facebook, Instagram atau Twitter
3. Sertakan #SALUTEMALAYSIA #NEGARAKU

Kredit Photo: Firman Mohtar

Salute Malaysia

Salute Malaysia

Salute Malaysia

Salute Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aeril Zafrel Dedah MIG Belum Bayar Hutang

Sinopsis Drama Bersiri Melarik Awan