Budiey akan menganjurkan Makan Lepak di Tony Roma’s secara santai bersama pelakon yang meningkat populariti, Sarah Hildebrand pada 21 Mac ini. Jadi, untuk korang yang mengenali atau mahu berjumpa dengan lebih dekat dengan artis pujaan anda ni, inilah masanya!
Dah lama rasanya Budiey tak anjurkan peraduan makan dan lepak bersama selebriti di blog ini kan? Ya, untuk sesi kali ini, seramai 5 orang peminat Sarah Hildebrand dan Budieyators akan dipilih untuk makan-makan sampai kenyang dengan hidangan lazat di Tony Roma’s Melawati Mall. Setiap pemenang dapat bawa seorang teman. Amacam?
Kenali Sarah Hildebrand
Hari ini, nama Sarah Hildebrand kian kukuh untuk diangkat sebagai pelakon versatile atau serba boleh dalam industri seni tempatan setelah kejayaan memberikan lakonan berkesan dalam drama bersiri PUJAAN HATI KANDA yang ditayangkan di TV3 beberapa bulan lalu. Berilah watak apa sahaja, dia pasti akan buat yang terbaik!
Drama yang sentiasa trending di sosial media ini memberikan impak yang berkesan sekali untuk mengangkat nama Sarah.
Pemilik nama sebenarnya, Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf ini menaruh sejuta harapan untuk berkembang mekar biarpun sedar, dia masih terlalu hijau. Terbaharu, Sarah Hildebrand sedang sibuk berlakon dalam sebuah drama bersiri 26 episod berjudul HERO BOMBA sebagai PB Arissa seorang anggota bomba wanita!
Memiliki darah kacukan Melayu-Amerika, Sarah yang kelihatan persis pelakon Hollywood Kristen Dunst ini tidak menolak bahawa dia berasa hairan, mengapa sesetengah masyarakat masih berfikiran klise dan skeptikal apabila menyentuh paras rupa wanita pan-Asia.
Menggenggam azam untuk membuktikan bahawa dia bukan pelakon yang bersandar kepada fizikal dan rupa paras semata-mata, kata Sarah, sebagai orang baharu, dia sedar dia perlu berusaha keras untuk memastikannya menjadi realiti.
Tidak mahu terlalu memilih, Sarah juga sedia maklum bahawa orang baharu sepertinya wajar mengambil segala peluang yang datang tanpa prejudis.
Jadi, kepada korang yang menjadi peminat atau pengikut setia Sarah, jangan lupa sertai peraduan ini ya.
Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Sarah Hildebrand di Restoran Tony Roma’s
Anda menjadi peminat setia dengan Sarah Hildebrand? Tak pernah jumpa dan makan-makan bersama beliau? Haa, ini adalah peluangnya. Budiey ingin mencari 5 orang peminat tegar penyanyi berbakat besar, Sarah Hildebrand untuk Lepak & Makan Bersama di Restoran Tony Roma’s pada 21 Mac 2019.
Semasa dinner tu, pemenang bertuah berpeluang untuk borak-borak sambil makan kenyang-kenyang, boleh ambik gambar sepuas hati dalam suasana santai yang lebih intimate bersama Sarah Hildebrand.
Korang ingin hadir di acara santai ini sambil menikmati hidangan lazat yang disediakan oleh Tony Roma’s? Jom sertai peraduan ini. Tak susah pun sebenarnya.
Senang sahaja. Anda hanya perlu menyiarkan gambar korang yang kreatif dengan menyatakan caption kenapa anda nak sangat lepak bersantai sambil makan bersama Sarah Hildebrand di Instagram korang.
Jangan lupa tag @budiey @sarahhildebrand @trmalaysia pada posting di Instagram tersebut. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang pass ke acara ini dan anda akan dapat menang 2 pass, haaa bolehlah bawa kawan seorang untuk menemani anda.
Kemudian, cipta slogan dan hantar juga emel penyertaan. Setel!
Ingat hashtag ini: #LepakMakanSarahTonyRomas #budiey #budieyators #tonyromas #Hildefriends
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai peraduan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang konsert ini di ruangan komen berdasarkan artikel ini. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Buat satu posting dan muatnaik ke Instagram
Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan buat satu posting anda dan upload video tersebut ke Instagram anda. Jangan lupa tag @budiey @sarahhildebrand @trmalaysia serta hashtag: #LepakMakanSarahTonyRomas #budiey #budieyators #Hildefriendspada posting tersebut. Oh jangan lupa caption tu, korang kena cipta slogan. Posting yang kreatif akan mendapat peluang untuk menang 2 pass!
2. Cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui E-MEL bersama jawapan pada soalan di bawah.
Slogan: Saya mahu makan dan lepak bersama Sarah Hildebrand di Tony Roma’s kerana.… (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter & Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan LEPAK & MAKAN Bersama Sarah Hildebrand di Restoran Tony Roma’s
Tarikh tutup peraduan:
20 Mac 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email atau panggilan telefon.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Tony Roma’s dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan restoran dan berita terkini tentang dunia hiburan.