Mahukah anda menghadiri Tayangan Istimewa THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN anjuran Budiey.com kerjasama Warner Bros Malaysia bersama beberapa orang selebriti, influencer dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, tayangan ini cukup istimewa buat pembaca Budiey.com yang menggemari filem seram dan thriller. Yang penting, anda akan dapat menonton filem ini lebih awal iaitu pada 17 April 2019 (Hari Rabu) di Hall Onyx, MBO Atria.
Nah! Apa tunggu lagi… ini satu peluang untuk mengikuti kisah selanjutnya. Filem ini akan menggegarkan pawagam di seluruh Malaysia mulai 18 April 2019.
Apakah pembikin tersohor, James Wan mahu buat kita semua periksa di bawah katil sebelum tidur menerusi filem ini? Soalnya, James Wan kembali bikin filem seram selepas berjaya menggarap filem AQUAMAN.
Dia seolah belum puas untuk buat kita terperanjat dan menjerit di dalam pawagam menerusi The Conjuring Universe dan Insidious Universe dengan hantu menyeramkan, Wan kini memperkenal satu lagi sosok hantu menerusi filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN.
Diarah oleh Michael Chaves filem ini menjanjikan ‘jump scare’ kerana penampakan hantu mengerikan dari makhluk La Llorona alias The Weeping Woman. Jika korang menonton teaser, filem ini membawa kita ke era tahun 1970-an.Â
Filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN menceritakan tentang La Llorona, legenda Meksiko yang menakutkan ini merupakan makhluk yang hidupnya antara Surga dan Neraka. Dia terjebak dalam nasib buruk yang disegel oleh tangannya sendiri. Semasa hidupnya, dia menenggelamkan anak-anaknya ketika marah dan cemburu. Setelah itu, dia melemparkan diri ke dalam sungai.
Plot ceritanya berkisah mengenai seorang pekerja sosial di Los Angeles pada tahun 1973 yang berusaha membesarkan kedua anaknya seorang diri, di mana hantu lagenda La Llorona merayau pada waktu malam.
Hantu wanita dari kisah Mexico ini telah kehilangan anak dan kini mengambil kanak-kanak lain untuk menjadikan mereka sebagai anaknya. Anna Garcia, seorang janda pekerja sosial yang membesarkan dua anak, menyedari yang hantu itu telah mensasarkannya dan tidak akan berhenti selagi tidak mendapat anaknya.Â
Filem ini dilakonkan oleh Linda Cardellini, Patricia Velásquez, Sean Patrick Thomas, Raymond Cruz dan ramai lagi.
Sinopsis Filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN
Filem ini berlatar sekitar tahun 1970-an di Los Angeles. La Llorona suka menculik anak-anak di malam hari ketika mereka mengabaikan perintah dari orang tuanya.
Satu-satunya harapan mereka untuk selamat dan mematikan La Llorona, dengan meminta bantuan dari seorang paderi yang kecewa dengan ilmu mistik yang dia amalkan untuk mencegah kejahatan. Berjayakah hantu La Llorona dihapuskan? Korang kena tonton sampai habis!
Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN yang telah ditayangkan di Youtube:
Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN yang penuh babak-babak menyeramkan ini.
Filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN akan ditayangkan di pawagam mulai 18 April 2019, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.
Peraduan Tayangan Premiere Filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN
Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 100 tiket THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:
Tarikh:
17 April 2019 (Hari Rabu)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
Hall Onyx, MBO Atria
Sebanyak 100 keping tiket THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #WeepingWomanMY #LaLloronaMY
1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #WeepingWomanMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf) #LaLloronaMY
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
- Namakan pelakon yang melakonkan watak Anna Garcia dalam filem ini.
- Emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter & Instagram:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Premiere THE CURSE OF THE WEEPING WOMAN - Budiey.com
Tarikh tutup peraduan:
16 April 2019
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 18 April 2019 di pawagam.
Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures