in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem THE NUN

Ini adalah hadiah istimewa Budiey.com kepada Budieyators, pembaca setia & selebriti yang sentiasa melayari blog ini!  

Mahu hadir ke Tayangan Premiere THE NUN – Budiey.com bersama beberapa orang selebriti dan artis terkenal yang dijemput khas? Ya, cukup istimewa buat pembaca Budiey.com, anda akan dapat menonton filem seram ini lebih awal iaitu pada 4 Ogos 2018 (Hari Selasa) di TGV 1 Utama.

Filem yang ditunggu oleh peminat filem seram terutamanya THE CONJURING dan ANNABELLE, pasti tak sabar nak menonton filem yang dikatakan lebih seram dan berhantu dari THE CONJURING. Kalau korang masih ingat, filem THE CONJURING menceritakan tentang usaha Ed dan Lorraine Warren untuk membantu orang-orang yang dirasuk oleh roh setan.

the nun

Filem THE NUN menceritakan kisah seorang ketua paderi bernama Burke yang dihantar oleh Vatikan untuk menyiasat kematian misteri seorang biarawati muda. Biarawati muda itu mati akibat bunuh diri di biara yang agak jauh di Romania. Ketua paderi yang dihantar oleh Vatikan sebenarnya mempunyai sejarah masa silam yang sangat dahsyat. Dia berusaha keras untuk mendedahkan apa yang berlaku di sebalik kematian biarawati muda itu.

Dalam perjalanan, ketua paderi Burker telah hilang tanpa jejak. Dalam filem ini akan diceritakan bagaimana Burke bukan sahaja membahayakan hidupnya untuk melawan semangat jahat, tetapi dia juga harus berperang dengan perasaan dan jiwa.

Penonton akan dibentangkan dengan biarawati yang memiliki kekuatan jahat dengan bentuk yang menyeramkan.

Filem ini diarahkan oleh Corin Hardy dan dilakonkan oleh

  • Taissa Farmiga sebagai Sister Irene
  • Bonnie Aarons sebagai Demon Nun
  • Charlotte Hope sebagai Sister Victoria
  • Demián Bichir sebagai Father Burke
  • Ingrid Bisu sebagai Sister Oana
  • Jonny Coyne sebagai Gregoro
  • Jonas Bloquet sebagai Marquis

Budiey percaya ramai Budieyators yang menantikan filem THE NUN arahan Corin Hardy yang mempunyai jalan cerita yang sungguh menarik ini.

Filem THE NUN akan ditayangkan di pawagam mulai 6 September 2018, oleh Warner Bros. Pictures, Warner Entertainment Company.

The Nun

Peraduan Tayangan Premiere Filem THE NUN

Sensasi Selebriti ingin menghadiahkan 120 tiket untuk Budieyators dan pembaca yang boleh menghadirkan diri di tayangan premiere yang cukup eksklusif ini. Acara ini akan diadakan pada:

Tarikh:

4 September 2018 (Hari Selasa)

Masa Pendaftaran:

8.00 malam

Tayangan Filem:

9.00 malam

Tempat:

TGV 1 Utama

Sebanyak 120 keping tiket perlu dimenangi untuk pembaca yang sudi hadir! Cepat hantar penyertaan anda!

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere THE NUN – Budiey.com di TGV 1 Utama. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?

Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #TheNunMY

1. Sila klik butang SHARE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini.

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #TheNunMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Jawab soalan mudah ini:

  1. Namakan pengarah filem THE NUN.
  2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu hadir di Tayangan Premiere Filem THE NUN  – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Twitter & Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Peraduan Premiere THE NUN – Budiey.com

Tarikh tutup peraduan:

3 September 2018

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures (Malaysia) dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 6 September 2018 di pawagam.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia  follow Instagram: www.instagram.com/warnerbrosmalaysia dan langgan / subscribe Youtube Channel Warner Bros. Pictures : www.youtube.com/WarnerBrosPictures

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Video Baby Shima Rebah Pengsan di Konsert BIG STAGE

Kutipan Hantu Kak Limah Melebihi RM9 juta Dalam Tempoh 4 Hari!