in , ,

Peraduan Jom Menonton Filem HIJACK 1971 di Pawagam Mulai 1 Ogos Ini

Nah! Ini adalah hadiah istimewa buat semua pembaca setia yang melayari portal ini! Jadi, apa tunggu lagi, cepat sertai peraduan ini untuk memenangi hadiah menonton filem ini di malam premiere, gais!

Filem Korea Selatan terbaru, Hijack 1971 diarahkan oleh Kim Sung-han, membawa kita dalam penerbangan yang tegang pada musim sejuk 1971. Di tengah-tengah situasi politik yang hangat antara Korea Selatan dan Korea Utara, Korean Air Pesawat F27 dirampas sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Sokcho. 

Keadaan menjadi semakin genting apabila penumpang dan anak kapal mendapati diri mereka terperangkap dalam keadaan yang mengancam nyawa, mencetuskan ketegangan yang tidak pernah mereka bayangkan.

Filem ini bergenre aksi, jenayah, dan thriller, menampilkan barisan pelakon terkenal Korea seperti Ha Jung-woo, Yeo Jin-goo, Sung Dong-il, dan Chae Soo-bin. 

Peraduan Jom Menonton Filem HIJACK 1971 di Pawagam Mulai 1 Ogos Ini

Ha Jung-woo membawa watak Pilot Tae-in, yang cuba menyelamatkan penumpang dan anak kapal dari situasi yang amat berbahaya. Yeo Jin-goo memainkan watak Yong-dae, seorang perampas yang nekad memaksa juruterbang menerbangkan pesawat ke Korea Utara. Sung Dong-il pula berperanan sebagai Gyu-sik, seorang juruterbang yang mengalami kecederaan akibat letupan bom di awal rampasan. Chae Soo-bin memegang watak Ok-soon, seorang pramugari yang berusaha keras membantu penumpang dan anak kapal dalam situasi panik.

Hijack 1971 yang diarahkan oleh Kim Sung-han dan ditulis oleh Kim Kyung-chan, mempersembahkan kisah yang penuh dengan ketegangan mengenai perjuangan hidup dalam situasi yang mengancam nyawa. 

Berdasarkan insiden sebenar rampasan pesawat Korean Air F27 pada tahun 1971, filem ini berdurasi 1 jam 40 minit dan mengangkat tema politik serta sosial yang relevan pada masa tersebut. Ia bukan sekadar filem aksi biasa, tetapi turut membangkitkan isu politik dan sosial yang berkaitan dengan ketegangan antara Korea Selatan dan Korea Utara, memperlihatkan bagaimana situasi ini mempengaruhi kehidupan rakyat biasa.

Untuk peminat filem bergenre aksi, jenayah, dan thriller, Hijack 1971 adalah tontonan wajib. Filem ini bukan sahaja menawarkan jalan cerita yang menegangkan tetapi juga lakonan yang luar biasa dan kesan visual yang realistik. 

Bagi mereka yang ingin merasai sensasi ketegangan dan adrenalin dalam penerbangan yang penuh bahaya, Hijack 1971 adalah filem yang sesuai untuk ditonton.

Jangan lupa ajak kawan atau pasangan anda untuk menonton bersama di pawagam terdekat dengan anda. 

Filem HIJACK 1971 ini akan ditayangkan pada 1 Ogos 2024. 

Sama-sama kita nantikan tayangan filem ini di pawagam berhampiran dengan anda seluruh Malaysia!

Sinopsis Filem HIJACK 1971

Hijack 1971 mengisahkan dua juruterbang bernama Tae In (Ha Jung-woo) dan Gyu Sik (Sung Dong-il) yang sedang menjalankan penerbangan rutin dari Lapangan Terbang Sokcho ke Gimpo pada musim sejuk tahun 1971. Penerbangan tersebut pada mulanya berjalan dengan lancar dan selamat, tanpa sebarang insiden. 

Namun, ketenangan tersebut tidak bertahan lama apabila sebuah bom buatan sendiri meletup secara tiba-tiba, mengubah suasana dalam pesawat menjadi kacau-bilau. Letupan itu dipercayai berpunca daripada seorang penumpang bernama Yong Dae (Yeo Jin-goo), yang ternyata mempunyai agenda tersendiri.

Yong Dae adalah seorang penumpang awam yang sebenarnya merancang untuk merampas pesawat tersebut. Dengan meletupkan bom, dia berjaya mencetuskan huru-hara dan seterusnya berusaha menguasai kokpit. Dalam keadaan yang kelam-kabut itu, Yong Dae memaksa juruterbang untuk membawa pesawat ke Korea Utara. 

Kejadian letupan tersebut menyebabkan Gyu Sik mengalami kecederaan serius, termasuk kehilangan salah satu penglihatannya, dan menjadikan dia tidak berupaya untuk mengawal pesawat lagi. Ancaman daripada Yong Dae juga membuatkan keadaan menjadi lebih genting.

Dalam kekacauan ini, Tae In yang terselamat menjadi satu-satunya harapan untuk menyelamatkan pesawat dan semua penumpang di dalamnya. Dia berusaha mempertaruhkan nyawanya untuk memastikan pesawat tersebut dapat mendarat dengan selamat. 

Tae In, yang sebelum ini merupakan seorang bekas juruterbang pejuang Tentera Udara Korea, menggunakan segala kemahirannya untuk mengendalikan situasi yang penuh dengan ketegangan ini.

Hijack 1971 membawa penonton melalui perjalanan yang sarat dengan ketegangan dan harapan, melihat bagaimana Tae In berjuang melawan keadaan untuk memastikan keselamatan semua orang dalam pesawat. Filem ini menggabungkan elemen-elemen aksi, drama, dan ketegangan politik yang mendalam, menjadikannya sebuah karya yang menarik dan memukau.

Peraduan Jom Menonton Filem HIJACK 1971 di Pawagam Mulai 1 Ogos Ini

Berikut adalah senarai pelakon dalam filem Hijack 1971:

1. Ha Jung-woo sebagai Tae In

2. Yeo Jin-goo sebagai Yong Dae

3. Sung Dong-il sebagai Gyu Sik

4. Chae Soo-bin sebagai Ok Soon

5. Moon Yoo-kang sebagai Chang Bae

6. Kim Sun-young sebagai Young Sook

7. Lim Se-mi sebagai Moon Young

8. Kim Dong-wook sebagai Dong Chul

9. Choi Kwang-il sebagai Min Soo

10. Kim Jong-soo sebagai Komander Skuadron

Peraduan Jom Menonton Filem HIJACK 1971 di Pawagam Mulai 1 Ogos Ini

Peraduan Tayangan Premiere Filem HIJACK 1971

Budiey Channel dengan kerjasama Sony Pictures Entertainment (Malaysia) ingin menghadiahkan 40 keping tiket menonton filem ini untuk pembaca setia Budiey.com.

Info Tayangan Premiere Filem HIJACK 1971:

Tarikh: 30 Julai 2024, Selasa

Masa Tayangan: 8:15 malam

Lokasi: TGV 1 Utama

Apa yang korang perlu buat ialah:

1.  ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @budiey. Untuk info lanjut tentang filem ini, anda juga diwajibkan untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Instagram @sonypicturesmy #HIJACK1971MY

2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah.

Jawab soalan mudah ini:

1. Namakan pengarah filem HIJACK 1971

3. Sila emelkan jawapan & slogan anda:

Slogan: Saya mahu menonton filem HIJACK 1971 di pawagam kerana… (tidak lebih dari 100 huruf) 

Sertakan juga maklumat peribadi:

Nama:

Instagram:

Alamat surat menyurat:

Email:

Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada: [email protected] dengan tajuk email: Tayangan Filem HIJACK 1971 – Budiey Channel

Tarikh tutup peraduan:

28 Julai 2024

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email.

Untuk info lanjut tentang filem ini, anda dijemput untuk ‘Like’ Facebook Sony Pictures Malaysia dan ‘Follow’ Twitter & Instagram @sonypicturesmy

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

Terima kasih kepada Sony Pictures Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

FAZURA FATTAH AMIN

Fazura Jelaskan Gosip Tak Berasas Tentang Rumah Tangga Bersama Fattah

SHUIB

Shuib Dedah Pernah Ketagih Main Judi Sampai Menang RM68,000