Espnstar.my Melancarkan Peraduan ‘It’s Your Stage’ Untuk Para Peminat Mengekspresikan Minat Mereka Terhadap Sukan
Sumber online terbaru Malaysia untuk berita sukan terbaik kini disediakan dalam Bahasa Malaysia
Espnstar.my, sumber online terbaru Malaysia untuk liputan sukan terbaik dalam Bahasa Malaysia hari ini melancarkan peraduan ‘It’s Your Stage’ bagi menggalakkan peminat sukan Malaysia mengekspresikan minat mereka terhadap sukan kegemaran secara online dalam Bahasa Malaysia.
Peraduan ini yang berlangsung dari 26 Mac hingga 26 Mei 2012, menjemput peminat sukan Malaysia untuk menghantar karangan 300 patah perkataan mengenai sebarang acara sukan ke espnstar.my dalam Bahasa Malaysia sepanjang tempoh peraduan. Penyertaan terbaik setiap minggu akan dipaparkan di laman peraduan tersebut. Pemenang Hadiah Utama akan diterbangkan ke Singapura bagi menikmati percutian 2H/1M ke studio dan bilik berita ESS di mana mereka akan berpeluang menemui penyampai ESS, menyaksikan satu sesi rakaman SportsCenter, mempelajari bagaimana ESPNEWS dihasilkan bersama para produser dan meluangkan masa bersama pasukan editorial online untuk mempelajari topik kewartawanan sukan. Peraduan ini menawarkan satu Hadiah Utama dan tiga naib johan yang akan menerima sebuah beg galas ESPN STAR Sports setiap seorang.
Menurut Paras Sharma, Naib Presiden, Pemasaran dan Komunikasi Korporat, “Di ESPN STAR Sports, kami percaya bahawa liputan sukan harus disampaikan secara setempat agar ia lebih bermakna dan relevan kepada peminat sukan.
“Kami teruja untuk melancarkan ‘It’s Your Stage’ sebagai lanjutan kepada konsep espnstar.my. Sebagai destinasi sukan online terbaru Malaysia, espnstar.my direka untuk memberikan berita sukan terbaik dalam Bahasa Malaysia bagi menyokong hubungan bersama peminat tempatan dalam bahasa mereka dengan kandungan yang dikhususkan.
“Kami melihat ‘It’s Your Stage’ sebagai satu platform untuk memperkukuhkan pemilikan setempat berita sukan dengan memberikan para peminat peluang untuk menulis mengenai acara sukan yang digemari menggunakan kata-kata mereka sendiri dalam bahasa mereka. Kami gembira kerana dapat menawarkan peminat sukan Malaysia sumber unggul ini bagi mendekatkan mereka lagi dengan sukan kegemaran mereka.â€
espnstar.my menawarkan satu rangkaian kandungan sukan komprehensif dalam Bahasa Malaysia yang menjangkaui dunia sukan dengan liputan masa nyata yang komprehensif, autoritatif dan inovatif. Ini turut merangkumi wawasan para pakar serta analisa daripada para pendita ESPN STAR Sports dan penyampai sukan paling berpengetahuan dan popular di Asia dalam bentuk kolum editorial, blog dan podcasts.
Latar belakang espnstar.my
Dikhaskan untuk peminat sukan Malaysia, espnstar.my menyampaikan kandungan komprehensif mengenai berita sukan serantau dan antarabangsa, skor serta keputusan secara langsung seperti BPL, Spanish La Liga, Grand Slam Tennis, Golf Majors, Formula 1, MotoGP dan pelbagai acara sukan tempatan terkemuka seperti Piala Malaysia (Malaysia Cup).
Selain itu, peminat sukan juga boleh mendapat pengemaskinian masa nyata mengenai berita sukan terkini, keputusan, statistik, pengemaskinian pemain dan pasukan serta skor secara langsung untuk acara sukan utama dari seluruh dunia. Berbekalkan pemain video terbenam, espnstar.my menawarkan pengalaman multi-media yang lebih menyeluruh yang bertujuan meningkatkan pengalaman peminat sukan.
Para pengiklan di Malaysia boleh mengakses pelbagai peluang kreatif di laman web baru ini untuk kempen khusus dan bersasaran, di samping pelbagai pilihan penjenamaan baru lagi inovatif dengan cara untuk menjejaki maklumbalas serta memantau keputusan dalam masa nyata. Untuk peluang pengiklanan, sila hubungi Liew Min San +(6016-2011904) [email protected] dan Gleeson Doss +(6012-2781257) [email protected].
Latar belakang ESPN STAR Sports
ESPN STAR Sports adalah usahasama 50:50 antara dua daripada stesen penyiaran kabel dan satelit paling terkemuka di dunia. Selaku pembekal bahan kandungan sukan terbesar di Asia, ESPN STAR Sports menggabungkan kekuatan dan sumber syarikat-syarikat induknya – Walt Disney (ESPN, Inc.) dan News Corporation Limited (STAR) – bagi menyampaikan pelbagai program sukan antarabangsa dan serantau kepada para penonton melalui perkhidmatan TV berbayar dienkrip.
ESPN STAR Sports mempersembahkan pelbagai program sukan ulung secara langsung daripada seluruh dunia meliputi antara acara sukan paling ikonik kepada penonton di 24 buah negara di Asia melalui 25 rangkaian televisyen dan 3 rangkaian jalur lebar, setiap satunya diadaptasikan bagi menyampaikan program-program unik yang memenuhi pelbagai keperluan peminat sukan Asia.
Rangkaian ESPN STAR Sports’ meliputi 24 buah negara dan menyampaikan program-program sukan terkemuka bertaraf dunia kepada para penonton di Asia. Ini termasuklah ESPN China, ESPN Hong Kong, ESPN India, ESPN Malaysia, ESPN Philippines, ESPN Indonesia, ESPN SEA, ESPN SEA 2, ESPN Taiwan, SBS ESPN (Korea), STAR Sports Asia, STAR Sports Hong Kong, STAR Sports India, STAR Sports Malaysia, STAR Sports SEA, STAR Sports SEA 2, STAR Sports Taiwan, STAR Sports Indonesia, STAR Cricket, ESPNEWS, ESPN HD (Malaysia), ESPN HD (SEA), ESPN HD (Taiwan), ESPN HD (India), STAR Cricket HD, ESPN Player (Singapore), ESPN Player (Hong Kong) dan ESPN Player (Malaysia).
ESPN STAR Sports bertujuan menghubungi konsumer pada bila-bila masa, di mana sahaja dan melalui pelbagai platform media baru, iaitu internet dan mobil. ESPN Player, sebuah rangkaian jalur lebar revolusioner menawarkan para pengguna akses pada bila-bila masa, di mana sahaja kepada kandungan sukan bertaraf dunia secara langsung, menyampaikan statistik dan papan skor perlawanan dalam masa nyata dan suatu pengalaman interaktif penuh kepada para pengguna bagi menikmati pengalaman menonton mereka dengan peminat sukan lain secara online. Platform online pelbagai bahasa, espnstar.com, espnstar.com.cn dan espnstar.com.tw berinteraksi dengan jutaan pengguna – memberikan mereka liputan berita sukan, keputusan dan pertandingan yang mendalam. mobileESPN menawarkan satu kombinasi khas klip video berita, liputan berita mendalam serta analisis untuk peminat sukan yang sentiasa bergerak. ESPN STAR Sports Event Management Group pula menguruskan dan mempromosikan acara sukan terkemuka di seluruh Asia.