in

Peraduan Gandakan Keriangan Tawar Hadiah Lumayan

Pernahkah anda terbayangkan bagaimana rasanya merayau-rayau di dalam sebuah istana? Atau mungkin meluncur merentasi galaksi yang sangat jauh? Realisasikan imaginasi anda dengan NESTLÉ MAT KOOL® dan berpeluang untuk memenangi hadiah percutian berbayar sepenuhnya ke Disneyland Tokyo!

Pertandingan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® bertujuan memberi ganjaran percutian kepada pengguna bagi menggalakkan mereka menikmati detik keriangan bersama keluarga. “Di Nestlé, matlamat kami ialah untuk menyediakan makanan yang berkhasiat kepada pengguna dan kekal komited sebagai jenama yang paling dipercayai di Malaysia. Kami berusaha untuk memperkenalkan ais krim baru dan berkualiti yang dapat menawan cita rasa pencinta ais krim kami,” kata Pengurus Eksekutif Perniagaan Nestlé Ice Cream, Nestlé Malaysia Berhad, Yit Woon Lai.

PERTANDINGAN GANDAKAN KERIANGAN NESTLÉ MAT KOOL

Selalunya, merancang percutian keluarga adalah sukar dan memerlukan banyak masa serta menelan belanja yang banyak. “Kami juga percaya, adalah penting untuk kita meluangkan masa bagi mengeratkan lagi hubungan bersama keluarga,” tambah Yit. Dengan NESTLÉ MAT KOOL®, pemenang Peraduan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® berpeluang untuk memenangi pakej percutian keluarga selama empat hari tiga malam bagi empat orang ke Disneyland Tokyo.

Peraduan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® adalah mudah dan menyeronokkan. Anda cuma perlu membeli ais krim NESTLÉ MAT KOOL® atau NESTLÉ MILO® Frozen Confection® bagi mengumpul lima mata minimum. Lengkapkan borang peraduan dan hantarkan berserta kod bar sebagai Bukti Pembelian (POP) anda.

Peraduan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® ini akan berlangsung dari 18 April hingga 31 Mei 2016 dan terbuka kepada semua termasuk orang yang berusia 18 tahun ke bawah. Sebagai tambahan, Peraduan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® turut menawarkan peluang untuk anda memenangi hadiah mingguan dengan sejumlah 600 hadiah. Dalam tempoh selama enam minggu, 100 pemenang hadiah mingguan bertuah berpeluang memenangi satu set Lego setiap minggu.

Pilihan ais krim termasuklah NESTLÉ MAT KOOL® Traffic Light, MAT KOOL® Icy Grape, MAT KOOL® Butterfly, MAT KOOL® Split, MAT KOOL® Asteroid dan NESTLÉ MILO® Frozen Confection. Borang pertandingan boleh didapati di semua kedai yang menyertai atau dimuat turun dari laman web Nestle Malaysia Berhad.

PERTANDINGAN GANDAKAN KERIANGAN MAT KOOL:

Langkah 1: Beli mana-mana varian NESTLÉ MAT KOOL® yang menyertai atau NESTLÉ MILO® Frozen Confection® bagi melayakkan penyertaan dalam pertandingan.

Langkah 2: Kumpul kod bar pembungkus untuk mengutip mata dan minimum 5 mata perlu dikemukakan bagi setiap penyertaan. Mata dikira berdasarkan jadual Bukti Pembelian (POP) seperti yang dinyatakan dalam borang pertandingan.

Langkah 3: Lengkapkan borang pertandingan dan sertakan kod bar sebagai Bukti Pembelian (POP). Dapatkan sekeping setem dan hantarkan ke alamat berikut.

‘Promosi Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL®’
Peti Surat 8272, Pejabat Pos Kelana Jaya
46780 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Setiap peserta Pertandingan Gandakan Keriangan NESTLÉ MAT KOOL® juga layak untuk memenangi maksimum satu hadiah saguhati sepanjang tempoh pertandingan. Bagi peserta yang berusia 18 tahun ke bawah, ibu-bapa atau penjaga dikehendaki menandatangani bahagian kebenaran ibu-bapa di dalam borang promosi yang boleh didapati di mana-mana kedai yang menyertai.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai Nestlé Ice Cream, sila layari laman Nestlé’s di http://www.nestle.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Bakal Lancar Program Realiti Terbaharu GEMPAK SUPERSTAR

Peraduan Makan Bersama Dato’ Siti Nurhaliza di Miami Grill, Sunway Pyramid