Bersempena demgan tayangan filem KUNG FU LEAGUE yang akan berada di pawagam mulai 1 November ini, Budiey dengan kerjasama RAM Entertainment mahu mengajak 118 orang pembaca dan selebriti untuk menonton filem yang padat dengan aksi komedi pertarungan kung fu ini. Jom tengok dulu trailer dan juga sinopsis filem KUNG FU LEAGUE di SINI.
Jadi, adakah anda mahu menjadi orang pertama menonton filem ini bersama beberapa selebriti, Budieyators dan influencers yang dijemput khas? Caranya ada kat bawah ni, jadi jangan berlengah-lengah lagi, okay?
Untuk info pembaca, filem ini dilakonkan oleh Vincent Zhao, Andy On, Dennis To Yu-Hang, Danny Chan Kwok-kwan dan ramai lagi.
Filem arahan Jeffrey Lau ini pastinya dinantikan oleh peminat memandangkan filem ini dikatakan memaparkan aksi yang cukup mengujakan penonton.
Jika masih tertanya-tanya tentang filem ini, apa kata anda semua menonton trailer KUNG FU LEAGUE yang telah diriliskan di saluran Youtube RAM Entertainment.
Sinopsis Filem KUNG FU LEAGUE
Demi menumpaskan seorang penjahat, lagenda Kung Fu Wong Fei Hung, Ip Man, Chen Zhen dan Huo Yuan Jia ambil keputusan untuk bekerjasama.
Peraduan Premiere Filem KUNG FU LEAGUE
Sensasi Selebriti dengan kerjasama RAM Entertainment ingin menghadiahkan 118 tiket untuk Budieyators dan pembaca setia Budiey.com menonton filem KUNG FU LEAGUE. Tayangan ini akan diadakan pada:
Tarikh:
29 Oktober 2018 (Hari Isnin)
Masa Pendaftaran:
8.00 malam
Tayangan Filem:
9.00 malam
Tempat:
GSC Pavilion KL
Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan mudah dan melengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.
Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Tayangan Premiere Filem KUNG FU LEAGUE – Budiey.com di GSC Pavilion KL. Senang je, cipta slogan, tweet & FB kemudian hantar emel. Itu je. Mudah kan?
Ingat hashtag ini: #PremiereWithBudiey #KungFuLeagueMY
Apa yang korang perlu buat ialah:
1. ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com dan ‘Follow’ Twitter & Instagram Budiey: @Budiey
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Tayangan Premiere ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen berdasarkan trailer kat atas ni. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE Facebook ini: www.facebook.com/budieydotcom
2. Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.
Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #PremiereWithBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.
Slogan: @budiey Saya mahu hadir di #PremiereWithBudiey #KungFuLeagueMY kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.
Jawab soalan mudah ini:
1. Namakan seorang pelakon utama filem KUNG FU LEAGUE
2. Sila emelkan jawapan & slogan anda:
Slogan: Saya mahu menonton dan meramalkan filem KUNG FU LEAGUE kerana – Sensasi Selebriti kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)
Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:
Hantarkan jawapan anda kepada:
dengan tajuk email: Peraduan Premiere Filem KUNG FU LEAGUE – Sensasi Selebriti
Tarikh tutup peraduan:
28 Oktober 2018
Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.
Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?
Terima kasih kepada RAM Entertainment dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.
Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Facebook page Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.