in ,

Peraduan Duta Belia & Nissan ALMERA Playlist

[dropcap]M[/dropcap]uzik untuk halwa telinga anda dengan Nissan ALMERA Playlist. Samada menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan menuju ke Pulau Pinang atau terperangkap dalam kesesakan di Jalan Sultan Ismail, anda tidak boleh nafikan bahawa muzik ialah teman terbaik ketika memandu.

Kolaborasi Kreatif. Nissan ALMERA baru-baru ini berkolaborasi dengan DJ Gaijin dan Mono untuk menghasilkan muzik yang diinspiraskan oleh sedan global paling laris. Cakera padat (CD) Nissan ALMERA Playlist yang eksklusif itu menampil 6 buah lagu segar yang dicipta khas untuk pemandu generasi muda hari ini.

Nissan ALMERA photo

Gaijin & Mono yang kedua-duanya merupakan alumni kepada JUICE DJ Quest dan Pioneer Digital DJ Battle menghasilkan satu gabungan muzik tarian elektronik, selain campuran genre muzik house, electronica, nu rave dan tekno yang diinspirasikan daripada gaya kemas Nissan ALMERA ketika menyusuri jalan raya.

Mulai hari ini, daftarkan diri anda untuk memandu uji Nissan ALMERA di mana-mana siri jelajah Nissan di seluruh negara dan terima cakera padat (CD) Nissan ALMERA Playlist edisi terhad sementara stok masih ada.

Siri Jelajah Nissan
24-26 Mei Sunway Carnival Mall, Seberang Jaya, Pulau Pinang
24-26 Mei Delta Mall, Sibu
31 Mei-2 Jun SACC Mall, Shah Alam
7-9 Jun Kluang Mall, Kluang, Johor
28-30 Jun 2013 City One, Kuching

Sementara itu, pelawak terkenal, Kavin Jay juga membat penampilan bersama Nissan Almera dalam tiga video bertajuk “See them, See them not. Almera saves you from the peacock”, “She’s Sexy, She’s My Baby” dan “No Almera, No Blind Dates”. Tonton momen-momen pelik dan menggelikan hati Kavin bersama pasangannya di http://bit.ly/10HR9AW

Peraduan Duta Belia
Nissan juga telah berkolaborasi dengan enam universiti terpilih (Universiti Malaya, Universiti Putra Malaysia, HELP University, Taylor’s University, INTI International University dan Tunku Abdul Rahman College) untuk menjayakan Peraduan Duta “Almera Surprises Uyouth” yang diadakan mulai 17 April hingga 13 Mei 2013.

Dalam peraduan ini, para pelajar perlu merakam gambar diri mereka dengan Nissan ALMERA dan memuat naik ke laman Facebook Nissan Malaysia.

Sila layari laman Facebook Nissan Malaysia untuk melihat senarai finalis Duta ALMERA “Hot & Sexy” vs “Huge & Cute”. Pemenang ialah mereka yang mendapat ‘LIKE’ paling banyak dan bakal menerima sebuah telefon bimbit Samsung Galaxy SIII.

Sedan Global Paling Laris
Nissan ALMERA telah menerima maklum balas positif sejak dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada tahun lalu. Di pasaran antarabangsa, ia merupakan sedan global paling laris dalam kelasnya.

Pemandu muda nyata amat menyukai ciri-ciri teknologi tinggi dan keluasan ruang yang biasanya ada pada kenderaan lebih premium. Sebagai tambahan, Nissan ALMERA benar-benar menyerlah dengan harga kompetitif, sekali gus menawarkan kereta yang lebih mampu milik kepada rakyat Malaysia. Ansuran bulanan bermula RM499. Kini, rakyat Malaysia boleh memiliki sebuah Nissan ALMERA dengan bayaran bulanan hanya RM499 dan juga menikmati RM3,000 rebat tunai.

Maklumat lanjut, sila hubungi Hotline Perkhidmatan Pelanggan kami di talian Tol Percuma: 1800-88-8368 atau layari laman web: www.nissan.com.my. Pandu uji boleh diuruskan di bilik pameran terdekat anda.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pay-Per-View for LIVE Events now on Astro On-The-Go

Suria FM Guna Trak Untuk Promosi