‘CERIA XTRA ITU AJE’ SURIA FM – MENANG SEHINGGA RM70,000!
Buat pendengar Suria FM, kini anda berpeluang untuk menang wang tunai sehingga RM70,000. September ini, Suria FM kembali dengan peraduan ‘Ceria Xtra Itu Aje’ yang menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM70,000.
Bermula pada hari ini, 3 September 2012 hingga 28 September 2012, peraduan ‘Itu Aje’ yang selama ini menjadi peraduan wajib di dalam segmen Ceria Pagi di Suria FM menjadi lebih besar berganda dan lebih ‘xtra’ hadiahnya.
Untuk mengambil bahagian di dalam ‘Ceria Xtra Itu Aje’, pendengar hanya perlu dengarkan Suria FM, tunjukkan kehebatan dalam meneka nama penyanyi dan tajuk lagu bagi petikan lagu yang dimainkan dan jika betul, wang tunai berjumlah RM388 menjadi miliknya. Wang tunai itu akan meningkat dan terus meningkat jika jawapan yang diberikan salah. Pendengar hanya perlu mendaftar sekali sahaja, hantarkan SMS, taip suriaxijnama dan hantarkan ke 33988. Pengirim SMS terpilih akan dihubungi oleh penyampai untuk menyertai ‘Ceria Xtra Itu Aje’.
Selain itu, jika pendengar berada di dalam WAKTU BONUS, hadiah XTRA menanti pendengar setia iaitu tiket penerbangan ke destinasi terpilih. Pembayang akan diberikan pada bila-bila masa di udara oleh para penyampai, melalui Twitter Suria FM, Facebook Suria FM, laman web dan juga SMS. Jadi apa tunggu lagi, jadilah sebahagian daripada pendengar bertuah dengan meneka keratan lagu dengan betul dan menang sehingga RM70,000. Segalanya ada di ‘Ceria Xtra Itu Aje’.
Latar belakang Suria FM
Suria FM adalah sebuah stesen radio berbahasa Malaysia yang bersiaran selama 24 jam. Kami boleh didengari di kawasan Lembah Klang dengan frekuansi 105.3FM dan juga di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah berfrekuansi 105.9FM. Suria FM memainkan muzik-muzik dari era tahun 90-an hinggalah kepada lagu-lagu yang terkini. Menampilkan pelbagai pilihan lagu terbaik dan terkini bahasa melayu, bahasa Inggeris dan juga Indonesia, kami mensasarkan pendengar yang berumur di antara 25 tahun hingga ke 39 tahun. Kami telah menerima respon yang cukup baik iaitu 2.9 juta pendengar setakat ini dan ia semakin meningkat dari setahun ke setahun.