in

Peraduan Cabaran Garnier Light 2 Tona Lebih Cerah

Kulit 2 Tona Lebih Cerah untuk 100,000 Wanita!
Jadilah salah seorang daripada mereka yang memiliki kulit lebih cerah dan berseri hanya dalam masa dua minggu dengan Cabaran Garnier Light

Garnier kini dengan misi terbarunya dalam membantu kulit para wanita Malaysia menjadi dua tona lebih cerah dalam masa dua minggu sahaja! Jenama penjagaan kulit yang terkenali dalam memberikan kecerahan kulit yang boleh diukur dengan Garnier Skin Naturals Light Whiten & Even Moisturizing Cream SPF17/PA++, baru-baru ini melancarkan ‘Roadshow’ seluruh negara, menyahut wanita dalam Cabaran 2 Tona Lebih Cerah.

Garnier Light Challenge_3

Sebanyak 100,000 kit percuma terdiri daripada Garnier Light White & Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ untuk penggunaan 2 minggu; pengukur tona kulit dan arahan penilaian akan diberikan dalam ‘Roadshow’ ini.

Krim pelembap Light yang inovatif ini sememangnya menjadi pilihan wanita tempatan kerana ia diformulasi untuk menjadikan kulit jelas lebih cerah dan berseri, yang boleh diukur dengan menggunakan pengukur tona kulit yang disertakan bersama produk. Bukan sahaja kulit menjadi 2 tona lebih cerah, malah penggunaan berterusan akan menjadikan tona kulit lebih sekata, jeragat semakin berkurang dan pori-pori semakin mengecil.

Rahsia dalam produk utama rangkaian ini, iaitu Garnier Light White & Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ adalah:

• Snow Pine White Source™, bahan pencerah revolusioner yang berasal dari molekul semula jadi yang terdapat di dalam pokok pinus. Memiliki lebih dari 10 kali keefektifan pencerah dibandingkan Vitamin C, yang bertindak ke atas sintesis melanin (atau penghasilan bintik gelap pada kulit) pada sumbernya;
• Pati Lemon, untuk eksfoliasi lembut dan membantu menanggalkan sel kulit mati; dan
• SPF 17/PA++ untuk lebih melindungi kulit anda dari penggelapan kulit disebabkan oleh sinar UVA dan UVB.

Kempen Cabaran 2 Tona Lebih Cerah dipimpini oleh Lisa Surihani, duta jenama yang menggunakan produk penjagaan kulit rangkaian Garnier Light untuk mengekalkan kecerahan dan keserian kulitnya.

“Saya menggunakan produk penjagaan kulit Garnier Light siang dan malam, terutamanya krim pelembap kerana menjadikan kulit saya lembap memberikan tona kulit yang sekata dan berseri. Ia merupakan produk inovatif yang mudah dan berkesan hinggakan anda ingin berkongsi dengan orang lain – adik-beradik, ahli keluarga perempuan yang lain dan kawan-kawan,” kata Lisa.

“Bila saya terdengar akan Cabaran 2 Tona Lebih Cerah, saya sangat teruja! Inilah masanya mendapatkan lebih ramai lagi wanita untuk memperoleh kulit yang lebih cerah berseri dan mudah dicapai dengan produk dalam bekas kuning ini, dalam masa hanya dua minggu!” kata Lisa sambil memegang bekas Garnier Light White & Even Moisturizing Cream SPF 17/PA++ dalam tangannya.

Lisa menambah: “Saya ingin menjemput setiap wanita di Malaysia menyahut cabaran ini dan saksikan perbezaannya sendiri!”

Untuk menyertai cabaran ini, anda hanya perlu dapatkan kit cabaran 2 Tona Lebih Cerah Garnier dalam Roadshow. Mulakan dengan mengukur tona kulit anda dengan carta kulit yang disediakan; gunakan White & Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ setiap hari selama dua minggu; dan lihatlah perbezaannya apabila anda mengukur tona kulit anda sekali lagi.

Untuk membolehkan lebih banyak wanita menyahut cabaran tersebut, Roadshow ini akan diadakan di beberapa kolej, pusat membeli-belah, pasar malam, stesen KTM dan LRT, serta terminal bas di beberapa negeri, termasuklah Penang, Perak, Seremban, Melaka, Johor, Terengganu dan Kelantan. Dalam Lembah Klang, roadshow tersebut akan diadakan di beberapa lokasi di bandar iaitu Bangi, Shah Alam, Petaling Jaya, Subang, Bandar KL, Ampang, Cheras, Serdang, Nilai, Cyberjaya and Putrajaya.

Garnier menjemput peserta berkongsi pengalaman cabaran mereka dengan memberi maklum balas dalam kaji selidik mudah di laman Facebook Garnier Malaysia. Satu ribu responden yang pertama akan menerima Garnier Light Whiten & Even Moisturizing Cream SPF17/PA++ bersaiz 50 ml yang bernilai RM19.90 dengan percuma.

Nantikan Roadshow Cabaran 2 Tona Lebih Cerah Garnier di tempat anda mulai September hingga November. Untuk maklumat lanjut mengenai cabaran atau Roadshow ini, sila kunjungi laman Facebook Garnier Malaysia Facebook di www.facebook.com/GarnierMalaysia atau hubungi talian hotline pengguna di 03-7725 9873.

Garnier Light Challenge_1

Garnier Light Challenge_5

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Imam Muda 3 Bakal Lancar Album Ada Imam Di Kalangan Kita

8TV menyerlah di GOLDEN AWARDS 2012