in , ,

Penyertaan Bengkel DFKL 2017 Pecah Rekod

Sudah empat tahun dianjurkan, Bengkel Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2017 yang berlangsung selama dua hari pada 1 & 2 April 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra telah melakar sejarah baharu dengan jumlah penyertaan mencecah 750 orang peserta!

Tahun ini, Bengkel DFKL 2017 menawarkan 16 sesi yang merangkumi lakonan, pengarahan, imej & penampilan diri, solekan kesan khas dan media sosial. Para peserta tidak melepaskan peluang untuk mempelajari dan menambah ilmu serta melengkapkan diri sebagai anak seni daripada golongan profesional seperti Fauziah Ahmad Daud, Sheila Rusly, Ellie Suriaiti dan Nabila Huda (bengkel lakonan), Michael Ang, Khir Rahman, Azman Hj Yahya dan Sabri Yunus (bengkel pengarahan), Datin Sharifah Shawati, Fasha Sandha, Min Luna dan Nana Mahazan (imej & penampilan diri) J.Lo Zali dan Watiey Abdullah (bengkel solekan kesan khas) serta bengkel media sosial yang baru diperkenalkan oleh DFKL 2017 dengan menampilkan Anwar Hadi & Takahara Suiko dan Mat Luthfi sebagai speaker.

Tiket Bengkel DFKL 2017 laris pada awal pagi pertama

750 penyertaan mencatat sejarah Bengkel DFKL 2017

Menurut Puan Siti Nurlisia Mohd. Nadzri, Pengurus Besar, Kumpulan Pengurusan Jenama Dan Rancangan TV3 & TV9, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, “DFKL telah berjaya menarik minat lebih ramai penyertaan orang ramai untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang dunia seni lakonan. Ini terbukti dengan penambahan tiket pada saat-saat akhir dan maklum balas daripada para speaker dan peserta terus membakar semangat kami untuk kembali pada tahun hadapan.”

“Selain itu, sesi pencarian bakat baharu dan sesi kongsi juga menerima sambutan meriah. Untuk dua hari bengkel DFKL 2017 berlangsung, kami telah berjaya mengenal pasti 40 peserta berpotensi dalam bidang lakonan. Tidak ketinggalan juga, kami menerima 40 penyertaan di sesi kongsi yang bertemakan #CeritaKita. Idea-idea yang menarik berpeluang untuk diterbitkan sebagai drama atau dibukukan malahan juga berpeluang dijadikan drama radio,” jelas Puan Siti Nurlisia lagi.

Acara dua hari ini dimeriahkan dengan kehadiran duta DFKL 2017, Raja Afiq DFKL dan pelakon – pelakon popular seperti Hafreez Adam, Sasqia Dahuri, Ruhainies dan Mimi Lana. Para pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan istimewa oleh Ippo Hafiz dan Genji Busker yang mendendangkan lagu-lagu tema drama yang tercalon di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017.

Selain itu, sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan sesi kongsi dan pertandingan drama pendek peringkat sekolah menengah juga diadakan pada hari pertama Bengkel DFKL 2017. Encik Aznan Haji Mad Natar, Penolong Pengarah Bahagian Kokorikulum dan Kesenian dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah hadir untuk menyampaikan hadiah berupa wang tunai kepada tiga sekolah yang terpilih iaitu Sekolah Menengah Tok Janggut, Kelantan (Vaksin), Sekolah Menengah Lok Yuk Kota Kinabalu, Sabah (Sehati Sejiwa) dan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Perak (Anak Malaysia) manakala 10 pemenang pertandingan Sesi Kongsi pula menerima hadiah daripada wakil syarikat produksi yang telah memilih idea tersebut.

NO. TAJUK PEMENANG SYARIKAT PRODUKSI
1. Abang Kandung Mohd Zulkifly Mat Yadi Rashbir Media Sdn Bhd
2. Uniknya Cinta Erwan Amrey Hanipah Tanah Beris Film
3. Tiket Cinta Khairul Anwaar Mohamad A.Aida Production
4. Simpang Sedenak Mohd Haniff Ahmad Country & Universal Sdn Bhd
5. Adakah Aku Bersalah? Muhammad Akmal Harun Luqsar Kreatif Sdn Bhd
6. Lovely Loving Stranger Noor Amira Mohd Noor Sha’s Media Sdn Bhd
7. Aku Nazmi Nazmi Kamarulzaman JS Pictures Sdn Bhd
8. Azam Si Dungu Amirul Hashim Layar Ceritera Sdn Bhd

Sejurus pengakhiran Bengkel DFKL 2017, kini tumpuan beralih kepada Anugerah DFKL 2017 yang bakal meraikan barisan pemenang baharu atas undian peminat pada 9 April 2017, bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di TV3 bermula pukul 9 malam. Peminat juga boleh mengikuti siaran langsung atas talian menerusi siaran berdefinisi tinggi (HD) di laman web www.tonton.com.my dan juga YouTube TV3MALAYSIA Official. Kemeriahan acara karpet merah dapat disaksikan di laman web www.tonton.com.my dan juga menerusi program Pop TV di TV9 pukul 8.30 malam.

Speaker - Jinggo & Sheila Rusly Bengkel DFKL 2017

Pencarian Bakat Baharu di Bengkel DFKL 2017 & Juri Sheila Rusly 1

Pemenang - pemenang Pertandingan Drama Pendek DFKL 2017

Juri-juri Pencarian Bakat Baharu - Haji Fadzil Teh & Dato' A.Aida

Bengkel Ellie Suriaty - Bengkel DFKL 2017

Bengkel DFKL 2017 Hari Pertama Artis Jemputan Sasqia Dahuri, Hafreez Adam & Duta DFKL 2017 - Raja Afiq DFKL

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jodoh Bukan Milik Kita

Fifth Harmony Bakal Gegar Malaysia Untuk THE 7/27 TOUR