in

Penyeludupan Rokok Haram Semakin Berleluasa

Rokok… bagi Budiey ia satu perkataan yang tragik. Rasanya, tak perlu nak ceritakan lagi, semua orang tahu, rokok boleh memberi kesan buruk, takde yang bestnya rokok nih. Faktanya, rokok boleh membawa maut. Banyak kesan buruk dari merokok. Jadi, tak perlu Budiey nak senaraikan satu persatu kat sini. Korang tentu tahu kan? Tapi walau banyak sekali pun kesan buruk merokok, ramai orang tak hiraukan tentang bahaya rokok. Yang merokok terus merokok walaupun harga rokok kat Malaysia makin naik, tak turun-turun.

Cakap pasal kenaikan harga rokok nih, Budiey rasa, harga rokok yang tinggi boleh menyebabkan berleluasanya rokok seludup ni, betul tak?

Budiey ada kisah tersendiri bila bercakap pasal rokok. Bukti rokok membahayakan nyawa terang-terangan di depan mata Budiey. Arwah ayah Budiey seorang perokok yang tegar. Kalau korang nak tahu, arwah ayah meninggal sebab terlalu kerap merokok. Merokolah antara puncanya. Bila jadi perokok tegar ni, banyak penyakit yang datang. Dari kejadian ini, Budiey insaf dan sikit trauma. Budiey tak mahu hilang nyawa sebab dari terlalu kuat merokok. Sekarang ni, nak sentuh pun jauh sekali.

Penyeludupan Rokok Haram Semakin Berleluasa

Penyeludupan Rokok Haram Semakin Berleluasa? Kenapa?

[dropcap]R[/dropcap]okok bukan saja dah jadi isu global sebab ia memudaratkan kesihatan, tapi kegiatan penyeludupan rokok juga menjadi topik hangat diperkatakan di media semasa. Dari tahun ke tahun, nampaknya penyeludupan rokok haram semakin berleluasa. Tahukah anda, satu daripada tiga batang rokok dihisap adalah diseludup? Haa, jangan tak tahu, sindiket ini telah meraih RM1bilion setahun dan kerajaan rugi RM1.5 bilion pendapatan setahun.

Baru-baru ini, Budiey ada menonton berita tentang kegiatan penyeludupan rokok yang berlaku di Sabah. Oleh sebab takut dicekup oleh Pasukan Polis Marin, pengemudi bot mencampakkan semua muatan ke laut. Haa, tahu pulak takut, kan? Selepas diperiksa, polis mendapati ada 615 bungkus rokok kretek. Nilai kesemu rampasan dianggarkan berjumlah lebih RM100,000. Wow! Banyak kan? Nampaknya, begitulah, diorang ni sanggup ambil risiko ditangkap semata-mata untuk dapat untung lebih.

Itu satu kejadian. Budiey rasa banyak lagi penyeludupan rokok haram ni berjaya meloloskan diri, cuma kegiatan mereka ni tak dapat dikesan je. Dengan itu, jika korang ada maklumat berkaitan dengan kegiatan pasaran gelap ni, jangan segan-segan pulak untuk buat laporan kepada pihak berkuasa.

Keputusan kajian terbaru rokok haram menampakkan banyak peningkatan. Budiey tengok, rokok seludup ni muda didapati di gerai dan kedai-kedai. Sebagai contoh, Budiey dapati untuk tempoh Mac hingga Mei 2011 menunjukkan tahap rokok yang menyalahi undang-undang meningkat kepada 37.3 peratus di negara ini berbanding tahun sebelumnya. Kebanyakan perokok membeli rokok jenis ini rata-ratanya berasal daripada golongan berpendapatan rendah sebab ia boleh dibeli serendah RM2.50 untuk 20 batang. Sedangkan harga runcit bagi satu pek 20 batang biasanya berharga lebih RM9.

Sebab itulah penyeludup ambil kesempatan untuk memasarkan rokok dengan harga jauh lebih murah berbanding harga ditetapkan kerajaan. Harus diingat, menjual rokok di bawah harga minimum adalah satu kesalahan!

Kajian di seluruh negara, yang dilakukan Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) dikendalikan sebuah agensi penyelidikan bebas, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd menunjukkan bahawa masalah rokok haram di Malaysia masih berterusan.

Dianggarkan bahawa dagangan haram ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM2 bilion dalam hasil eksais kerajaan setiap tahun.

Perdagangan haram atau ekonomi bawah tanah ini menggalakkan jenayah dalam masyarakat dan menjejaskan agenda kesihatan negara untuk mengurangkan gejala merokok di Malaysia.

Kajian di seluruh negara, yang dilakukan Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) dikendalikan sebuah agensi penyelidikan bebas, The Nielsen Company (Malaysia) Sdn Bhd menunjukkan bahawa masalah rokok haram di Malaysia masih berterusan.

Dianggarkan bahawa dagangan haram ini mengakibatkan kerugian berjumlah RM2 bilion dalam hasil eksais kerajaan setiap tahun.

Penyeludupan Rokok Haram Semakin Berleluasa

Perdagangan haram atau ekonomi bawah tanah ini menggalakkan jenayah dalam masyarakat dan menjejaskan agenda kesihatan negara untuk mengurangkan gejala merokok di Malaysia.

Lepas tu, kalau kegiatan pasaran gelap ni berleluasa, macamana kerajaan nak menggalakkan kempen anti-merokok di kalangan generasi muda merokok. Selain itu, ia juga menggagalkan usaha kerajaan untuk menaikkan harga bahan berasaskan tembakau.

Budiey sendiri pernah tengok peniaga menjual rokok seludup dengan cara menyembunyikan rokok tersebut di bawah meja dan hanya akan dijual kepada pembeli sekiranya diminta.

Untuk info anda, negara kita adalah salah sebuah negara yang mempunyai cukai tertinggi untuk rokok selepas Singapura.

Permintaan di negara kita terutamanya, di kelilingi laut dan terdapat banyak jeti-jeti persendirian. Di sini kita dapat lihat, sindiket ambil kesempatan dan seterusnya menjadikan ‘laluan tikus’ sebagai pintu masuk utama.

Budiey rasa, nak tak nak, kerajaan kena ambil serius tentang kegiatan rokok haram ni. Hukuman yang dikenakan untuk penjualan dan penggunaan rokok haram adalah sangat minimum kat Malaysia. Penguatkuasaan sekarang rasanya tak cukup ketat untuk halang penyeludup yang rata-ratanya dari negara-negara jiran termasuklah Thailand, Indonesia, Kemboja dan China. Dengan itu, pihak berwajib kena cari jalan dan berusaha untuk menghentikan penjualan rokok haram ni. Malangnya, undang-undang negara dipandang sebelah mata. Hukuman yang lebih berat perlu diberikan kepada pesalah supaya dia sedar dan orang ramai pun takut nak buat.

Masyarakat pula perlu dididik tentang penyeludupan rokok ini adalah satu jenayah yang perlu dibanteras. Menjual rokok seludup adalah satu kesalahan mengikut Akta Kastam 1967. Kepada penyeludup, awas! Anda sekarang diintai.

Jika tiada permintaan, pasti rokok seludup tak dibawa masuk, betul tak?

Nak hapuskan penyeludupan susah gak, memang tak boleh hapuskan seratus peratus. Penyeludupan tak boleh dihapuskan tapi Budiey rasa boleh dikurangkan. Betul tak?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Peraduan Menangi Tiket Konsert Pelangi Untukmu Ning Baizura

SHEILA MAJID

GAMBAR Sheila Majid & Harvey Malaihollo Live at Dewan Filharmonik Petronas