Memetik dari berita yang disiarkan di Berita Harian pada pagi ini, penyanyi Misha Omar dalam satu undangan media, pagi tadi, memaklumkan bakal membuat sidang media khas mengenai penyebaran fitnah terhadapnya di media sosial.
Tanpa menjelaskan butiran mengenai sidang media itu, BH Online difahamkan, ia berkaitan kenyataan negatif yang disebarkan oleh individu tertentu di media sosial, baru-baru ini.
Difahamkan, komen keterlaluan itu sengaja dicetuskan ekoran kejayaannya pada kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-33 (AJL 33) pada 3 Februari lalu.
Pada acara itu, Misha dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Terbaik, manakala lagu nyanyiannya, Sampai Bila ciptaan Sharon Paul, manakala lirik Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri memenangi tempat ketiga.
Sidang media itu akan diadakan di sebuah lokasi di Bangsar, di sini, jam 3.30 petang ini dan Misha bakal menjelaskan perincian mengenai perkara itu bersama peguamnya.
Ikuti lintas langsung sidang media itu menerusi Facebook BH pada jam 3.30 petang ini.
Sumber: Berita Harian