in ,

Penyanyi Zamani Slam Ada Sebab Lari Dari Rumah Pengasih

Bekas vokalis kumpulan Slam, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim dilaporkan me­larikan diri sejak jam 10.26 malam semalam ketika menjalani proses rawatan dan pemulihan dadah di Rumah Persatuan Pengasih Malaysia (Pe­ngasih) di Jalan Syers Off Lebuhraya Mahameru malam kelmarin.

Dikesan melalui rakaman te­levisyen litar tertutup, Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 44, dikesan hilang dari Pengasih dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih dinaiki oleh dua individu tidak dikenali tanpa membawa kad pengenalan MyKad.

zamani-slam

Yang Dipertua Pengasih, Datuk Mohd. Yunus Pathi berkata, pihaknya hanya menyedari kehilangan Zamani kira-kira pukul 12 tengah malam kelmarin ketika membuat pemeriksaan akhir selepas selesai satu program di pusat itu.

“Sebelum itu saya ada berbual dengan Zamani selepas solat Maghrib sebelum beliau meminta diri untuk me­ninggalkan program dengan alasan sakit pinggang. Sebaik sahaja usaha mencari Zamani di kawasan Pengasih gagal, kami terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul. Jadi, saya berharap sesiapa yang terjumpa beliau, segera menghubungi Pengasih atau meminta Zamani pergi ke balai polis terdekat.”

Zamani yang terkenal dengan lagu ‘Gerimis Mengundang’, tinggal dan mendapat khidmat bantuan di Ruman Pengasih, sejak 29 Januari lalu dan kini terapinya memasuki fasa kedua. Tambah Mohd Yunus, saudara-mara Zamani yang datang ke Pengasih minggu lalu, memaklumkan beliau mahu meminta izin untuk keluar.

Namun begitu, selepas perkara tersebut disuarakan dalam perbincangan kumpulan sokongan yang dianggotai Zamani, mereka tidak bersetuju untuk membenarkan beliau keluar.

Zamani juga ada meminta agar tidak susah hati dan memberitahu mahu mengambil barangan peribadinya yang masih tinggal di Rumah Pengasih.

“Zamani perlu tinggal untuk tempoh dua hingga tingga bulan lagi, sebelum boleh keluar sepenuhnya dari Rumah Pengasih, iaitu pada penghujung tahun nanti. Saya difahamkan, Zamani agak marah apabila tidak dibenarkan keluar, oleh rakan-rakan dalam kumpulan sokongannya itu.

“Mungkin disebabkan itu, beliau mengambil tindakan untuk melarikan diri, namun saya meminta beliau segera pulang ke Rumah Pengasih, kerana Zamani pun tidak sihat dan mengalami sakit pinggang.”

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP R. Munusamy mengesahkan ada menerima laporan berhubung kehilangan Zamani dari Rumah Pengasih, pada pagi Jumaat.
Munusamy berkata, Zamani turut membuat laporan polis di Balai Polis Muar, Johor pada pagi tadi dan menegaskan, beliau keluar dari Rumah Pengasih dengan ‘rela hati’.

Tindakan Zamani menghilangkan diri dari pusat pemulihan dadah itu menimbulkan tanda tanya berikutan artis berkenaan mendakwa sudah hampir pulih dari ketagihan dialami sebelum ini.

Zamani sebelum ini ada mengatakan program pemulihan di pusat itu menjadikannya lebih positif dari segi mental dan fizikal selain berat badannya turut meningkat.

Zamani yang dihubungi oleh wartawan Harian Metro enggan mengulas lanjut sebab mengapa beliau meninggalkan pusat tersebut bagi mengelakkan keadaan menjadi bertamhah keruh.

“Saya ada sebab tertentu di sebalik semua ini. Maaf saya tak mahu ulas lebih lanjut. Tunggu tiba waktunya saya dan pihak pengurusan membuka cerita sebenar. Saya akan dedahkan semuanya.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penghantaran iPhone 6s & iPhone 6s Plus Terbesar di Malaysia

HyppTV Umum Pengacara, Juri & Radio Rasmi Program ROCKERS