Jabatan Penyiaran Malaysia akan mengadakan Konsert Evolusi 73 sempena Sambutan Ulangtahun Hari RTM Ke-73 pada 31 Mac 2019 di Panggung Anniversari, Taman Botani, Kuala Lumpur.

Konsert ini diadakan bagi meraikan ulangtahun Hari RTM Ke-73 dan diterbitkan oleh Unit Hiburan TV.
RTM bakal menampilkan penyanyi terkenal tanah air seperti Dato’ M.Nasir, Dato’ David Arumugam, Dayang Nurfaizah, Hael Husaini, Sarah Suhairi, Kumpulan Hujan, Akim & The Majistret, Ben Laden, Heidi (Bintang RTM) dan Paladin.
Konsert ini akan disiarkan secara langsung pukul 9.00 malam di TV2.
Datang beramai-ramai kerana masuk adalah percuma!
