Kini, hidup Mohd lengkap sempurna dengan kelahiran anak sulung pada 9 Januari lalu. Mohd atau nama lengkapnya, Mohd Izwan Mohd Nor berkata, bayi lelaki yang diberi nama Mohd Izz Rafael itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.89 kilogram.
“Sukar untuk saya gambarkan kebahagiaan, terutama selepas menatap wajah anak. Lebih seronok, apabila raut wajahnya mengikut iras saya. Kehadirannya melengkapkan lagi kebahagiaan kami,â€
– Mohd
Mohd yang juga bekas protege penyanyi terkenal, Ziana Zain berkata, melihat isterinya bertarung nyawa melahirkan anak menyedarkan dirinya akan pengorbanan insan yang dipanggil ibu.
“Sebagai suami dan bapa, saya akan menunaikan tanggungjawab sebaik mungkin tanda penghargaan atas segala perjuangan dan pengorbanan isteri,â€
– Mohd
Mohd mendirikan rumah tangga dengan pentadbir eksekutif di sebuah syarikat swasta, Nurul Asyiqin Zaini di Pulau Pinang pada 14 Oktober 2017.
Menyentuh perjalanan kerjaya seninya, Mohd kini sibuk mempromosikan single terbarunya, Terbaik Untukmu.
Semoga dengan kelahiran baby pertama ini mencurahkan rezeki yang melimpah ruah dan menyuntik kegembiraan dalam kehidupan Mohd sekeluarga. Amin.