Memetik berita dari Kompas, khabar duka tersebut diumumkan oleh organisasi perantau Minang (Minang Diaspora Network Global).
“Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Atas nama Keluarga Besar Minang Diaspora Network-Global turut berduka atas berpulangnya ke Rahmatullah Uni Elly Kasim Lagendaris Kebanggan Masyarakat Minang Sedunia,”
– Presiden MDNG
Saudara menegaskan Elly Kasim meninggal bukan karena Covid-19.
Pihak MDNG berharap agar keluarga Allahyarhamah Elly Kasim diberi ketabahan.
Rakan Selebriti Titip Ucapan Takziah
Rakan selebriti tanah air seperti Nikita Willy dan Rizky Billar turut memberikan ucapan takziah terhadap Allahyarhamah menerusi Insta Stories.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un selamat jalan tante Elly Kasim, semoga Allah menempatkan beliau di tempat terbaik di sisi-Nya.â€
– Nikita
“Innalillahi wainnailaihirajiun. Masih terkenang bagaimana begitu antusiasnya Almarhumah mengurus acara adat minang dalam tangkaian acara pernikahan saya.. Selamat jalan bunda, terima kasih sudah membantu proses acara saya sampai sukse. Al-Fatihah,”
– Rizky
Untuk info, Elly merupakan seorang penyanyi yang sering membawakan lagu-lagu Minang dan mempunyai hampir 100 album solo. Beliau juga merupakan perancangan perkahwinan khusus adat Minang yang dikenali sebagai Elly Kasim Collection.
Elly Kasim memulai kariernya sejak 1961 dengan membawakan lagu-lagu daerah kelahirannya.
Selain menguruskan perkahwinan Nikita, beliau turut terlibat dalam pra perkahwinan Atta Halilintar dan Aurel Hermansyah, Majlis Bainai Lesti Kejora dan Rizky Bilar.
Sama-sama kita mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan berada di kalangan orang-orang beriman..Al-Fatihah..