Semalam, Budiey ada menerima sebuah bungkusan parcel yang dikirim secara kurier oleh seorang penyanyi indie yang menggelarkan dirinya Nik Nabil. Di dalam kota yang agak besar itu berisi beberapa hadiah dan sebuah CD yang memuatkan single terbaru berjudul MEMORI. Budiey tak pasti samada korang kenal atau tidak. Jika tak kenal, rasanya, Budiey mahu anda kenal dengan bakat baru ni. Atau jika Budiey katakan di sini, lagu MEMORI pernah dinyanyikan oleh juara Idola Kecil TV9, Daniel. Masih ingat? Kalau tak ingat, boleh tonton VIDEO ini.
Jadi siapa dia Nik Nabil ni? Kalau nak tahu, nama Nik Nabil ni diberi oleh komposer dan pemuzik terkenal AG Coco yang menjadi penerbit bersama dan penyusun muzik untuk lagu MEMORI. Nama Nik tu sendiri diberi oleh ibunya. Lupakan pada sejarah nama kerana apalah ada pada nama kan? Nik Nabil sebenarnya berjinak-jinak dalam bidang seni mulanya hanya sekadar hobi di masa lapang je. Dari mencabar diri untuk mengatasi sifat malunya ke peringkat antarabangsa dalam bidang pengucapan umum, Nik Nabil kini cuba mencari kepastian untuk menguji bakat menulis dan menggubah lagunya yang baru bertunas dek cabaran kepada dirinya yang sukar menyanyikan lagu – lagu popular nyanyian penyanyi lain.
Pasti ramai yang tak tahu, tokoh Hayam Wuruk dan moyangnya menjadi antara penyebab utama beliau memilih untuk meneruskan hobi menyanyi dan mencipta lagu selangkah ke hadapan. Menurutnya, Hayam Wuruk pernah menyanyi di hadapan pembesar di balai istananya. Dikatakan Hayam Wuruk memiliki suara yang sangat merdu. Tapi, beliau menyanyi bukan setakat untuk berhibur.
Jika korang tonton muzik video lagu MEMORI kat atas ini, dapat lihat Nik Nabil tampil bertopeng. Sekilas teringatkan dengan penyanyi yang turut menggunakan imej dan konsep yang sama. Antaranya Encik Mimpi. Namun, apa pun pandangan masyarakat, Nik Nabil ada alasannya sendiri. Menurutnya, beliau menggunakan topeng untuk single pertama ini kerana merasakan ia sesuai dengan konsep muzik video yang bertemakan mistik alam semulajadi. Jika anda tonton semula muzik video ini, ia menceritakan tentang seorang pemuda bernama Andhika Pramuthaya yang terpaksa menyelamatkan diri dari musuhnya yang terdiri daripada manusia dan jin dengan memakai topeng sakti untuk menyembunyikan identiti dirinya.
“Saya meminati bidang nyanyian dari kecil dan mencuri masa untuk berlatih menyanyi di pusat karaoke seorang diri. Namun, antara pengalaman traumatik pertama saya adalah tidak dapat menyanyikan langsung lagu-lagu yang ada di dalam sistem padahal di dalam benak saya saya rasa saya boleh menyanyikannya dengan okay. Bermula dari situ, saya mulai minat menggubah lagu dan mempelajari bagaimana pentingnya mencipta lagu yang bersesuaian dengan suara penyanyi itu sendiri,†jelas Nik Nabil tentang bagaimana dia mulai mencebur diri dengan lebih aktif dalam bidang seni.
Bekas perunding kanan pengurusan ini merasakan minat muziknya yang mendalam membantu dirinya untuk mencari kepuasan dan menenangkan fikiran dari kekusutan seharian.
“Sebelum ini, saya hanya mengapresiasi muzik sebagai pendengar dan pengkritik sahaja tetapi kini saya lebih prihatin tentang betapa banyaknya kerja yang diperlukan untuk menyempurnakan sesebuah karya. Menyiapkan lagu memerlukan teamwork yang tak berbelah bagi dan mengajar saya nilai kesabaran dan juga keterbukaan di dalam perbincangan dan juga mencetus idea- idea baru,†tambah beliau.
Lagu ‘Memori’ ciptaan Nik Nabil ini telah mencuri perhatian AG Coco, lead guitarist band Hujan dan juga pemilik studio Kamar Seni. AG Coco bersama kumpulan kreatif di bawah Kamar Seni, antaranya Ully dan Faris dari kumpulan Awanband serta Rudy dari kumpulan Nastia, telah bergabung tenaga untuk merealisasikan impian Nik Nabil untuk melihat Memori menjadi sebuah lagu yang lengkap setaraf lagu komersil yang ada di pasaran.
“Kamar Seni memberikan saya dorongan untuk tampil dengan single Memori ini. Setengah tahun menggembling tenaga dan idea untuk menyiapkan single ini, memang sukar dan banyak halangan. Setiap kali tiba sesi rakaman suara, saya demam teruk tetapi AG Coco memberi semangat dan beliau tanpa ralat terus mengejar untuk memastikan rakaman terbaik dapat dihasilkan,â€
“Idea untuk lagu Memori mulai bercambah sejak tahun 2006. Tidak lama selepas itu saya berkesempatan merakamkan piano guide dengan pemuzik Fiat, dari studio AkarKarya. Alhamdulillah, AG Coco melihat potensi lagu Memori ini pada tahun 2013 dan akhirnya 2014, Memori telah sedia untuk dikongsi dan diperdengar,â€
“Penghasilan Memori mengajar saya untuk tidak berhenti mengejar impian dan cita-cita. Dari kecil saya mendengar cerita tentang ibu yang pernah menyanyi semasa belajar di universiti dan pernah ditawar peluang membuat rakaman album. Semasa membesar saya cuba mengorek siapa sebenarnya ibu saya, minat dan wataknya … hanya muzik menjadi jawapan paling dekat untuk saya capai dan genggam. Ibu bapa saya bercerai dari kecil dan saya tidak pernah mengenal kasih ibu kandung sehingga beberapa tahun kebelakangan ini. Namun saya sentiasa menjadikan kerinduan saya kepada ibu dicurah melalui minat muzik saya,†simpul Nik Nabil tentang nilai sentimental muzik secara peribadi kepada dirinya.
Nik Nabil adalah singer songwriter indie yang meminati muzik yang pelbagai. Sebelum mula menggubah lagu berbentuk pop, beliau banyak terpengaruh dengan muzik-muzik new age dan alunan suara dari penyanyi seperti Andrea Bocelli, Josh Groban, Mario Frangoulis, Vittorio Grigolo, Sarah Birghtman dan juga Hayley Westenra. Beliau pernah berpeluang merangkul Piala Asia Pasifik di dalam The 3rd Asia Pacific English Presentation Contest di Fukuoka, Jepun pada tahun 2000 yang diadili oleh pemenang anugerah Nobel dan juga wakil-wakil dari institusi seperti Harvard, Stanford, Cambridge dan Daiichi School of Economics.
Beliau boleh dicapai melaui laman – laman internet sosial seperti :
WordPress : nabilamin.com
Tumblr : http://niknabilofficial.tumblr.com
Pinterest : http://www.pinterest.com/niknabilOffical
Facebook : https://www.facebook.com/niknabilOfficial