in ,

Penyanyi Black Nafi Bersekedudukan

Budiey rasa ramai peminat Shila Amzah yang melenting dan panas hati jika membaca artikel bertajuk Black Nafi Bersekedudukan karangan wartawan Zubir dalam sisipan BiPop hari Ahad lalu (30 September 2012). Melenting bukan kerana tajuk artikel tu pasal Black tapi intro artikel itu agak sinikal dan memperkecilkan kejayaan Shila Amzah di Asian Wave baru-baru ini. Tiga perenggan pendahuluan artikel pasal Black seolah-olah menyindir sekumpulan peminat Shila Amzah yang terlalu taksub dengan kemenangan Shila sehingga menjulang nama penyanyi Patah Seribu itu secara berlebihan.

Artikel ini betul-betul mengundang kemarahan peminat Shila Amzah aka #Shilalas.

Antara perenggan yang boleh Budiey petik:

Shila Amzah

Sekecil mana pun anugerah yang diberikan oleh negara luar kepada artis Malaysia, Budiey rasa tak perlu diperlekehkan dan membandingkan kejayaan ini dengan kejayaan yang diraih oleh seniman tersohor seperti Allahyarham Datuk Sudirman dan sebagainya. Shila Amzah sendiri rasanya tak menyuruh peminatnya datang menyambutnya di lapangan terbang. Itu hak peminat. Soalnya ini kejayaan Shila Amzah menakluki pasaran China dan ianya membawa nama negara Malaysia. Sebagai peminat, sudah tentu Shilalas akan berbangga dengan kejayaan ini. Budiey ada baca banyak komen dari Shilalas yang sangat marah dengan kenyataan yang dikeluarkan dalam artikel ini.

Shila Amzah Asian Wave 2012

Beralih kepada topik asal, tentang penyanyi Black dipalit gossip kononnya bercuti bersama teman wanita yang dipercayai kekasihnya di sebuah pulau dan mereka tidur sebilik. Menurut Zubir, gossip ini disampaikan oleh staf yang bekerja di resort pulau itu.

Black dalam kenyataannya telah menafikan tentang gossip ini. Namun, beliau mengaku pergi bercuti bersama teman wanita di Pulau Redang. Namun, bukan mereka berdua sahaja sebaliknya ditemani oleh tiga lagi rakan lain.

Black sangat tak puas hati dengan gossip yang disebarkan ini kerana ia memberi imej yang buruk tentang dirinya dan tak mahu dicop sebagai artis yang suka bersosial.

Penyanyi Black Nafi Bersekedudukan

“Saya mengaku pergi bercuti bersama teman wanita ke Pulau Redang pada Januari lalu. Tetapi, saya nafikan duduk sebilik dengan teman wanita seperti yang didakwa dalam ruangan gosip sebuah akhbar. Bahkan, kami juga tidak pergi secara berdua-duaan. Sebaliknya percutian itu disertai oleh tiga orang rakan lain. Jadi, kami pergi berlima iaitu tiga orang perempuan, dan dua orang lelaki.

Ketika percutian selama tiga hari dua malam itu, memang ada masa-masanya saya luangkan masa dengan teman wanita sahaja tanpa kehadiran rakan-rakan lain. Tetapi bukan seperti yang digembar-gemburkan. Sebagai manusia biasa, saya juga ada keinginan untuk menghabiskan masa dengan teman wanita. Oleh itu, tidak hairanlah kalau ada pihak yang mendakwa nampak saya berdua sahaja, tidak ada kawan-kawan lain.”

Saya sangat terkilan apabila penulis ruangan gosip itu mempersoalkan tentang agama saya. Tolonglah! saya ada emak dan ayah yang mendidik saya dengan baik. Untuk pengetahuan penulis itu, saya dulu bersekolah di sekolah agama dan sudah pasti saya tahu hukum-hakam agama. Saya tahu batas-batas sebagai seorang Islam. Saya tidak akan buat perkara yang tidak senonoh. Sebagai manusia biasa, memang saya tidak sempurna dan tidak lepas daripada melakukan kesilapan, tetapi tolong jangan melebihi batas. Saya sanggup bergaduh kalau soal agama.”

Dalam masa yang sama, Black juga memberitahu tentang status terkini hubungannya dengan teman wanitanya itu. Jelas Black, kini mereka hanya berkawan dan tidak ada sebarang komitmen.

“Sekarang ini, saya dan wanita itu hanya berkawan. Tidak ada sebarang hubungan serius. Saya pun tidak mahu komen banyak-banyak pasal teman wanita. Cukuplah saya katakan, kini saya berkawan dengan ramai orang.”

Sabar je lah ya. Kadang-kadang pelik juga bila ada yang cepat buat penilaian. Bercuti dengan keluarga pun kadang-kadang bahaya jugak. Nanti diingatkan bersekedudukan dengan kekasih walhal dengan adik beradik. Mmmm… susah sangat bercuti je luar negara, takde orang kacau.

Black

Nah! Black kasi penumbuk satu kali!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Nikah One Sofazr & Ainul Shariza

Nada Dering Tazkirah Ustaz Syed Abdul Kadir AlJoofre