Ketika penyanyi Bienda yang kini bergelar penyampai radio sambilan KLFM bertugas pada satu pagi dengan nada teruja dia beritahu pendengar yang sedang hamil anak kedua. Dari nada suaranya jelas yang dia amat gembira untuk menyambut kelahiran anak kedua selepas Lavienda Namiraz Kamarul Zariman yang kini berusia dua tahun.
[pullquote]Bercakap kepada Harian Metro, Bienda yang ketika itu sedang bercuti di Pulau Perhentian, Terengganu bersama suami dan keluarga mentuanya, mengesahkan berita tersebut.[/pullquote]
Menurutnya, dia sebenarnya sudah lama merancang untuk pergi bercuti dan menyelam (diving) bagi melihat keindahan terumbu karang di situ. Bagaimanapun dua minggu sebelum tarikh itu, dia mengalami muntah yang agak teruk. Mulanya Bienda sangka kerana cuaca yang tak menentu. Dalam pada itu dia suaminya membuat ujian kehamilan dan mendapati hasilnya positif dan apabila berjumpa doktor, dia disahkan hamil dua bulan.
Disebabkan keadaannya ini, Bienda tidak jadi meneruskan aktiviti menyelam dan hanya bersantai menikmati keindahan Pulau Perhentian. Dia tidak kecewa kerana keadaan kandungannya lebih penting. Lagipun yang penting matlamatnya ke situ adalah untuk berehat.
Sumber : Harian Metro