in ,

Penyanyi Aril Pilus Bakal Nikah Hari Ini

Seperti yang anda semua tahu, penyanyi Aril Pilus akan bernikah dengan seorang pramugari Saudi Arabian Airlines bernama Puteri Erma Edlinda Megat Aminuddin, 27, selepas solat Jumaat hari ini. Jadi, Budiey nak ucapkan tahniah dan selamat pengantin baru in advance. Semoga rumahtangga yang bakal dibina dilimpahi kebahagian selamanya.

Khabarnya, tidak seperti majlis nikah selebriti yang biasa kita dengar, dilimpahi dengan tajaan, berbeza pula dengan Aril yang mahu menggunakan wang daripada titik peluhnya untuk mengadakan majlis perkahwinan dan tidak menerima tajaan mana-mana pihak. Menurut Aril, semua perbelanjaan perkahwinannya adalah hasil wang simpanan dan sedikit pelaburannya sepanjang menjadi artis. Baguslah kalau macam tu.

aril-nikah-isteri

“Cabaran untuk berkahwin yang utama apabila kita perlu mempunyai duit yang banyak. Namun saya ada buat simpanan sejak mula bekerja sebagai persediaan untuk kegunaan seperti ini. Saya juga lebih selesa menggunakan duit sendiri daripada mahu mencari penaja mana-mana pihak.”

Majlis akad nikah bakal berlangsung di kampung pengantin perempuan iaitu di Wakaf Che Yeh, Kota Baharu, Kelantan pada Jumaat (hari ini). Majlis pernikahan dan persandingan akan diadakan secara kecil-kecilan untuk ahli keluarga terdekat di Wakaf Che Yeh, Kelantan. Aril yang juga deejay Era FM berkata, dia turut berasa gemuruh untuk melalui detik-detik bergelar suami. Bagaimanapun dia sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Debaran semakin terasa dan sukar untuk saya gambarkan apa yang saya rasa pada majlis itu nanti. Saya harap dapat lafazkan akad dengan lancar dan tidak tersalah sebut kerana perasaan gemuruh.”

Sementara itu, Aril berkata, majlis persandingan di Kuala Lumpur untuk rakan-rakan dan media akan diadakan pada Mac tahun hadapan.

“Pada majlis nikah, kami buat secara kecil-kecilan dahulu kerana bakal isteri saya hanya dapat cuti dua hari sahaja dan pada Mac nanti baharulah kami adakan untuk rakan-rakan dan media.”

Dalam pada itu, ketika ditanya tentang keistimewaan Puteri, Aril memberitahu wanita itu mempunyai kelembutan dan ciri-ciri yang sesuai untuk dijadikan isteri. Dia juga tidak menghalang untuk isterinya terus bekerja sebagai selepas berkahwin nanti.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Itu Anugerah MeleTOP ERA?

Peraduan Menang Pass Showcase SMASH & Stacy