Itulah musibah yang berlaku kepada penyanyi Ai Wahida hingga dia mengalami gangguan emosi selama beberapa tahun dan akhirnya mengambil keputusan untuk berubat di Kuantan, Pahang.
Menurut Ai Wahida, 22, dia memilih untuk mencari penawar kepada masalah yang dihadapi selepas menghubungi bapa kepada kanak-kanak bernama Fattah Anas iaitu Mohamad Firdaus atau dikenali Papa Anas yang pernah alami pengalaman yang sama.
“Saya sedar sejak beberapa tahun lalu apabila emosi saya tak stabil seperti kalau orang marah, saya akan jadi bertambah marah dan kalau sedih… akan sedih sangat sampai timbul rasa nak bunuh diri.
“Mungkin kalau di media sosial orang nampak saya seorang periang dan gembira apabila dengan kawan-kawan… tapi selepas balik rumah saya jadi panas dan keluarga yang tegur keadaan saya semakin hari semakin teruk.
“Baru-baru ini, saya terdetik nak hubungi papa Anas yang lalui perkara yang sama dan dia minta saya pergi berubat. Dia juga yang bawa saya jumpa perawat untuk berubat di Kuantan.
“Masa pergi berubat itu, perawat tersebut beritahu yang saya terkena sihir dan apabila dah berubat… keluar la cecair seperti muntah darah dan beberapa bilah jarum serta paku,”
– Ai Wahida
Sebelum ini, Ai Wahida berkongsi pendedahan di Instagram mengatakan dia sudah semakin sembuh daripada penyakit misteri angkara sihir dan santau selepas berubat di beberapa lokasi di Johor, Pahang dan Kelantan.
Dalam pada itu, pemilik nama Wahida Amalin Atan ini mengakui dia tidak menyangka antara perlaku tersebut merupakan kenalan rapat dan bekas rakan sekerja di tempat kerja lamanya.
“Kadang-kadang kita nampak orang tu baik depan kita dan tak pernah gaduh pun. Tapi tanpa sedar dalam diam dia iri hati dengan kita. Sebenarnya saya pergi berubat banyak tempat.
“Ada yang rahsiakan dan ada tempat beritahu siapa yang menghantar sihir itu kepada saya. Tapi bukan niat untuk berdendam, sekadar ingin berhati-hati dengan orang tersebut.
“Apa yang saya tahu, ada beberapa orang antaranya kawan rapat saya yang tahu semua cerita dan rahsia saya manakala seorang lagi bekas kawan saya di tempat kerja,”
– Ai Wahida
Sementara itu, penyanyi lagu MAMA ini berkata apa yang berlaku membuatkan dia lebih dekat dengan Allah dan berharap orang yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut agar segera bertaubat.
“Apa yang jadi ini memang susah untuk saya terima sebab tak sangka ada juga orang yang sanggup buat perkara terkutuk itu tanpa saya tahu pun silap kita pada orang itu.
“Saya percaya apa yang terjadi ini atas izin Allah dan mesti ada hikmah yang tersembunyi. Saya fikir dengan jadinya benda ini, membuatkan saya lebih dekat dengan Allah.
“Selepas terkena sihir dan santau ini, membuatkan saya lebih menjaga solat dan mengaji supaya benda ini tak mudah masuk dalam badan saya. Bukan tugas saya untuk membalas semula perbuatan orang itu.
“Apa yang saya mampu cakap, itu urusan dia dengan Allah dan saya harap orang itu sempat bertaubat dengan Allah sebelum dia m4ti. Saya maafkan dan reda sahaja. Saya doakan dia sedar perbuatan itu salah,”
– Ai Wahida
*Sumber: mStar Online