Penyampai radio, Farid atau nama sebenar Syed Mohd Farid Bin Mohd Nor, kini berubah ke arah digital platform. Ini adalah seiring dengan arus perdana dan zaman terkini yang menumpukan kepada digital dan dalam talian di samping mengikut perkembangan seniornya Faizal Ismail.
Farid yang pernah menjadi penyampai radio di empat buah stesen radio seperti Kelantan FM, Hotfm, Koolfm & Manis FM ini tak melepaskan peluang menggunakan pentas baru seperti Facebook sebagai saluran radio digital terbarunya.
Menggunakan nama digital ‘DJ Smutar’ adalah ditujukan khusus sebagai platform dan buah tangan untuk orang Pantai Timur kerana fokusnya lebih kepada elemen loghat daerah dan dikir barat.
“DJ Smutar dibentuk mengikut pasaran iklan di Pantai Timur yang memerlukan saya berkarakter sebegitu.”
– Farid
“Peringkat awal agak malu, tapi kerana cita-cita sebelum ini ingin tubuhkan channel digital sendiri maka pejam matalah sekejap untuk menempa kejayaan,”
– Farid
Bulan puasa akan tiba tidak lama lagi. Jadi, Farid juga tidak ketinggalan mahu mengambil kesempatan untuk buat jelajah seluruh masjid di Pantai Timur & iftar bersama jemaah masjid di samping bercerita mengenai sejarah masjid yang dikunjungi dan program itu dikenali sebagai 30 hari 30 masjid.