Peluang berlatih di bawah tunjuk ajar mentor-mentor terkemuka industri. GEGAR Mencari Bakat Nyanyian dari Pantai Timur Menerusi #PentasGEGARDeeja
Jenama radio No. 1 di Pantai Timur Malaysia, GEGAR, sedang mencari seorang penyanyi dari Pantai Timur melalui kempen ‘Pentas GEGAR Deeja’.
Pertandingan ‘Pentas GEGAR Deeja’ bertujuan mengasah bakat pemenang agar berkebolehan untuk menjejaki langkah bakat-bakat Malaysia yang lain seperti Dato Sri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Saleem Iklim, Man Khan, Rosalinda dan Adik Wani. Bermula 9 hingga 29 September 2018, ‘Pentas GEGAR Deeja’ akan dijalankan secara eksklusif di laman media sosial.
Menurut Pengurus Kandungan GEGAR, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, “Sememangnya, bumi Pantai Timur merupakan lubuk yang kaya dengan bakat-bakat luarbiasa, dan mereka mempunyai potensi dan bakat yang mampu menggemparkan dunia hiburan. Namun, ramai yang masih belum berpeluang untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya. Maka dengan itu, GEGAR mahu memberikan sebuah platform kepada mereka untuk memulakan perjalanan mereka sebagai penghibur tanah air.”
Para peserta yang berminat untuk mengambil bahagian dalam ‘Pentas GEGAR Deeja’ perlu memuatnaik sebuah video berdurasi satu minit ke laman sosial Instagram. Penyertaan perlu dilengkapkan dengan menggunakan tanda pagar #PentasGEGARDeeja.
Peserta yang berjaya ke pusingan seterusnya akan dijemput untuk berentap di pusingan akhir, dan bakal diberikan tunjuk ajar daripada artis-artis terkemuka dalam industri seperti Khai Bahar, Syameel dan Syafiq Farhain melalui system “Buddies”. Man Khan & Misha Omar turut dijemput sebagai juri diperingkat akhir.
Peserta juga harus memastikan bahawa laman sosial Instagram mereka diubah kepada umum (public) bagi membolehkan penyertaan mereka ditonton oleh para juri. Penyertaan terbuka kepada semua warga Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang GEGAR dan kempen-kempen yang bakal dijalankan, sila layari www.gegar.my atau kunjungi laman media sosial GEGAR di Facebook, Instagram dan Twitter.