in

Pentas Teater Juta Juta Bakal Ke Putrajaya

PEMENTASAN ‘TEATER JUTA JUTA KE PUTRAJAYA ‘
DI PANGGUNG EKSPERIMEN MAWAR SARI, PRESINT 2 PUTRAJAYA
PADA 10 – 13 NOVEMBER 2011

Setelah sebulan setengah berlalu, teater yang mendapat sambutan dan maklum balas yang baik setelah dipentaskan di Stor DBP (Dewan Bahasa Dan Pustaka) pada 21 hingga 26 september yang lalu, Teater Juta – Juta telah mengembangkan pementasan mereka ke Putrajaya dengan pembawaan yang lebih menarik dengan tajuk baru ‘Teater Juta Juta ke Putrajaya’.

Selaras dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia untuk menjadikan Putrajaya sebagai ‘Bandar Mesra Belia’, MASK Team dan Majlis Belia Kawasan Putrajaya telah mewujudkan kolaborasi khas untuk mementaskan sekali lagi teater bergenre satira ini di Panggung Eksperimen Mawar Sari, Presint 2, Putrajaya bermula 10 November hingga 13 November 2011 jam 8.30 malam.

Teater Juta Juta Putrajaya

Teater yang mengisahkan tiga graduan seni Persembahan yang sedang membuat pembentangan idea di hadapan Pengarah Keraton, bakal penaja dan juga pengkritik teater terhebat tanah air, mereka mengimbau kembali bagaimana mereka bergelumang dengan senario teater tanah air sewaktu zaman belajar dahulu.

Mereka meneruskan perbincangan untuk mementaskan teater sehingga bertikam lidah dan menyalahkan pihak lain. apakah yang terjadi kepada tiga sekawan ini? berjayakan mereka membuat persembahan di Keraton? Berapakah nilai tajaan yang diberikan oleh para penaja? Muzikal apakah yang mereka pentaskan di Keraton? bersama-sama kita saksikan kesudahannya. Apa yang menariknya untuk pementasan ini, ianya membabitkan 3 orang pelakon sahaja yang bakal mendukung 12 watak kesemuanya.

Bagi sesiapa yang meminati seni teater tanah air tentunya akan menanti-nanti karya terbaharu daripada Fasyali Fadzly. Beliau sebelum ini pernah mengarah dan menulis beberapa buah teater. Selain itu beliau turut pernah mengarah beberapa karya lain seperti Berani Mati (2009), Oedipus (2010) dan banyak lagi.

Teater bergenre satira berdurasi 1 jam 15 minit ini membariskan para pelakon teater yang berpengalaman seperti Fazleena Hishamuddin, Aloy Paradoks dan Anas Riduan.

Aloy Paradoks pula adalah aktivis teater dan seni indiependent tanah air yang sedang mencipta nama. Beliau kini sedang giat menyiapkan sebuah novel bertajuk Nurul Asyikin. Selain itu, beliau turut pernah mengarah dan menulis karya teater seperti Hegemoni, Merocok-rocok dan Nautika juga sebuah filem bertajuk Kontradiksi untuk tayangan 2012. Juga aktif menganjurkan event seni sekitar Kuala Lumpur.

Fazleena Hishamuddin adalah seorang gadis yang tidak peru diperkenalkan lagi. Beliau digelar Ratu Indie Malaya yang telah banyak terlibat dalam kegiatan seni indie sekitar Kuala Lumpur. Dari bacaan puisi, penulisan cerpen, lakonan, penerbitan dan banyak lagi. Antara pembikin filem pendek wanita yang aktif malah beliau turut mengatur beberapa kegiatan seni di sekitar Kuala Lumpur.

Anas Ridzuan adalah seorang pelajar dari Fakulti teknologi Kreatif dan Artistik, UiTM dalam bidang teater. sebelum ini beliau banyak terlibat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan di dalam kampus. Beliau yakin kini adalah masa yang sesuai untuk beliau menembusi pasaran luar untuk memajukan diri dalam bidang lakonan dan pengarahan.

Pas pas masuk berharga RM20 boleh didapati pada hari persembahan dan untuk tempahan individu mahupun berkumpulan boleh menghubungi Hilal Azmi di talian 019– 3572093

Maklumat lanjut boleh layari facebook.com carian Teater Juta Juta Putrajaya dan Twitter #TeaterJutaJutaPUTRAJAYA

Teater Juta Juta Putrajaya

Teater Juta Juta Putrajaya

Teater Juta Juta Putrajaya

Teater Juta Juta Putrajaya

Teater Juta Juta Putrajaya

Teater Juta Juta Putrajaya

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lirik Percaya Pada Luka Nashrin

Samsung GALAXY Note