Dalam usaha meningkatkan ekuiti melalui pengaktifan ruang awam di Pusat Bandar Kuala Lumpur dan Build Back Better pasca pandemik, Think City dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjemput anda bersama-sama kunjungi Pentas Seni Merdeka di Jalan Raja pada 16 Julai (Sabtu) dari 8:30 malam.
Edisi pertama Pentas Seni Merdeka ini akan menampilkan tarian Ronggeng Melayu oleh Nusantara Performing Arts Centre. Artis Budaya dan Kombo Budaya DBKL juga turut serta memeriahkan majlis ini. Ada pelbagai aktiviti lain seperti pembuatan terarium, permainan tradisi, food truck dan banyak lagi!
Majlis ini akan diserikan dengan kehadiran YB Dato’ Seri Dr Shahidan bin Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan dan YB Datuk Seri Mahadi bin Che Ngah, Datuk Bandar Kuala Lumpur.
Bagi pihak Think City, kami ingin menjemput orang ramai bersama keluarga untuk hadir ke Pentas Seni Merdeka.