in

Pentas Pilih Kasih: Ahdan Tersingkir Di Minggu Ke Lapan

Langkah untuk peserta program Pilih Kasih yang dikenali Ahdan atau nama sebenarnya, Mohd Shahdan Salleh, 25, terhenti sekadar minggu ke lapan apabila namanya diumumkan tersingkir daripada meneruskan cabaran peringkat yang seterusnya ketika berlangsungnya Pentas Pilih Kasih pada 25 Julai 2009 (Sabtu) lalu bertempat di Kompleks Penyiaran Tuanku Mohammad, Senawang, Negeri Sembilan dan disiarkan secara langsung jam 8.30 malam menerusi TV2.

Undian SMS penonton paling rendah diterima Ahdan hanya dengan 2.44 peratus berbanding Iqbal Mazalan, 2.56 peratus dan Wanina Zaki memperolehi 3.63 peratus ini sekaligus memadamkan hasrat anak muda yang pernah menganggotai Kumpulan Flava dan popular menerusi lagu Mengapa Singgah Kalau Tak Masuk ini untuk layak ke peringkat seterusnya apatahlagi keputusan Rosyam Nor juga nyata tidak berpihak kepada peserta berasal dari Klang, Selangor itu.

Dengan penyingkiran Ahdan bermakna perjuangan memilih watak-watak untuk filem Kekasih akan diteruskan 12 lagi finalis yang tinggal termasuklah Bea Rameshan, Diwan Nawi, Emilie Hanif, Fiona Benard, Indera Hafiz, Iqbal Mazlan, Khafie, Nabila Dally, Reza Hasbi, Sofian Bujang, Wanina Zaki dan Zulin Aziz.

Persembahan finalis-finalis program Pilih Kasih minggu ke lapan menyaksikan persembahan mantap mereka menerusi Tugasan Monolog, Drama Pendek dan paling menyerlah menerusi Teater Muzikal Azura versi Erma Fatimah yang dipersembahkan kesemua finalis.

Teater Muzikal Azura versi Erma Fatimah meletakkan watak utama dibawakan Diwan Nawi sebagai Zack bergandingan dengan heroinnya, Wanina Zaki melakonkan watak Azura. Pujian hebat diberikan juri pelakon terkenal, Nasir Bilal Khan yang dengan bangganya melontarkan pendapatnya sukakan pementasan teater itu berbanding filem Azura yang sebenarnya.

Apatahlagi persemabahan malam itu turut diserikan selingan lagu-lagu popular Jamal Abdillah dan Fauziah Latiff yang mengembalikan nostalgia filem itu kepada penonton. Malah persembahan teater arahan Erma Fatimah itu mendapat tepukan gemuruh penonton yang memenuhi ruangan Auditorium Kompleks Penyiaran Tuanku Mohammad, Senawang, Negeri Sembilan itu.

Selain Nasir Bilal Khan, juri tetap program Pilih Kasih, Profesor Abu Hassan turut memuji lakonan kesemua finalis yang dilihat masing-masing berjaya melakonkan watak diberikan dengan jayanya.

Persembahan bersahaja pengacara Raja Azura dan Reza dilihat membantu menyerikan lagi program Pilih Kasih yang ternyata berjaya membawa penonton mengembalikan zaman kegemilangan era 80-an filem Azura malam itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gossip: Personaliti Sukan Kena Serang

Isteri Radhi OAG Minta Cerai Kerana Ditiduri Lelaki Lain