Terkedu seketika penonton tatkala ALI, SILAH dan ARIP diumumkan sebagai peserta yang berada di kedudukan terendah dalam carta undian.
Namun, kesemua 10 peserta Kilauan Emas Otai menarik nafas lega apabila pengacara konsert, Raja Azura mengumumkan tiada penyingkiran di minggu kedua. Satu kata sepakat yang wajar daripada pihak juri selepas setiap peserta berjaya menyahut cabaran pada minggu lepas untuk keluar daripada kepompong selesa masing-masing. Di sebalik kegembiraan, pastinya tekanan untuk memberi yang terbaik semakin meninggi.
Di minggu ketiga ini, tugasan yang menanti barisan otai bertemakan “Kenangan Mengusik Jiwa”. Adakah otai-otai akan memanfaatkan sebaik mungkin peluang yang diberi juri untuk terus mempamerkan aksi berbisa di pentas Kilauan Emas Otai? Sama-sama kita saksikan persembahan mereka di minggu ketiga ini.