in

Perjalanan Terhenti Buat Da’i Danial & Da’i Syazwani

DUA PESERTA TERSINGKIR!
Perjalanan terhenti buat Da’i Danial dan Da’i Syazwani

Minggu kedua pentas Da’i musim ke-6 minggu lalu telah menyaksikan terhentinya langkah dua peserta iaitu Da’i Danial dan Da’i Syazwani bagi meneruskan perjalanan bergelar juara Da’i Pendakwah Nusantara. Bertemakan “Ujian Berulang”, dakwah tiga minit yang disampaikan oleh 10 peserta diharap dapat memberi tauladan kepada penonton melalui kisah-kisah yang telah berlaku pada individu dalam dunia Islam 1400 tahun dahulu.

PESERTA YANG TERSINGKIR MINGGU KE-2 DA_I DANIAL DAN DA_I SYAZWANI

Menuruf Ustaz Mohamad Zarifi Mohamad Daud selaku juri tetap Da’i 6, “Apabila sudah memasuki musim ke-6, pengisian dakwah menjadi fokus utama dalam menilai mereka dan membezakan mereka dengan peserta-peserta daripada musim terdahulu. Kedua-dua perserta yang tersingkir pada minggu kedua ini dilihat kurang pengisian yang padu bagi memperkuatkan hujah mereka. Namun peserta-peserta pada tahun ini harus dipuji kerana masing-masing punya energi luar biasa dan idea yang kreatif. Saya cabar mereka sekiranya mereka dapat kekal untuk terus berada dalam pentas Da’i 6 ini supaya untuk terus mengeluarkan idea-idea yang lebih bagus dan mempertingkatkan lagi usaha mereka bagi memastikan ianya dapat memberi kesan di hati penonton.”

Pendapat juri tetap Da’i 6 itu juga turut disokong oleh Mursyid iaitu Dato Ustaz Mohd Zawawi Yusoh yang memantau persembahan kesemua peserta sejak dari awal lagi. Menurut beliau, isi tazkirah Da’i Danial dan Da’i Syazwani yang kurang kemas daripada sudut bahan ilmiah sebagai sokongan bagi memperkuatkan lagi hujan-hujah mereka selain mereka kelihatan sedikit gugup menjadi faktor kepada penyingkiran mereka.

DA_I SYAZWANI

Setiap hujah peserta dinilai daripada aspek pengisian Al-Quran & Hadis (30%), gaya & susunan isi (30%), kreativiti persembahan (20%) oleh juri tetap manakala 20% markah lagi adalah daripada Murabbi iaitu Ustaz Harryanto Rizal Rokman dan Ustaz Fakhrul Radhi Khamarudin yang memantau prestasi mereka di bawah seliaan Mursyid, Dato Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Berikut adalah persembahan peserta mengikut giliran minggu lalu:

PESERTA TOPIK DA’I METER
Da’i Syahmi

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Asasi Pengajian Islam

Musaikah – Taubat Seorang Pelacur Menjadi Sebab Turunnya Ayat 33Surah Annur

 

35%
Da’I Hafiz

Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah,

Pascasiswazah Usuluddin & Sains Al-Quran

Hatim Al-Asham – Pura-Pura TuliSelama 15 Tahun

 

41%
Da’i Haziq

University of Leeds, UK –

Ijazah Sarjana Muda Perakaunan & Kewangan

 

Rufaidah Binti Saad – JururawatPertama Dalam Islam 54%
Da’i Amirul

Kolej Yayasan Pahang – Diploma Pengurusan Islam

Halimatun Saadiah – Wanita Lemah Lembut Dan Penyabar. 67%
Da’i Syazwani

Universiti Kebangsaan Malaysia – Ijazah Sarjana Muda Syariah

(TERSINGKIR)

Musailamah Bin Habib – Si Pembohong Yang Mengaku Sebagai Nabi. 60%
Da’i Adam

Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) – Ijazah Sarjana Muda Dakwah &  Pengurusan Sumber Insan

Amru Bin Al-Jamuh – Seorang Muaalaf Yang Tertarik Dengan Islam ketika Mendengar Surah Al-Fatihah.

 

48%
Da’i Wafi

Universiti Islam Negeri Sumatera Utara, Medan Indonesia – Ijazah Sarjana Muda Usuluddin

Abdullah Bin Ummi Maktoum – Lelaki OKU Yang Menyertai Pasukan Perang dan Terkorban Syahid. 58%
Da’i Danial

Universiti Al-Azhar, Kaherah – Ijazah Sarjana Muda Ulum Islamiah

(TERSINGKIR)

Al-Khansa’ – Ibu Empat Orang Syahid 66%
Da’i Raisyah

MRSM Ulul Albab Kepala Batas- Sains Tulen

Abu Lahab – Bapa Saudara Nabi yang Terkenal Akan Kebenciaanya Terhadap Ajaran Islam.

 

53%
Da’i Imran

Darul Quran Jakim- Diploma Tahfiz dan Syariah

Ummu Rumman – Antara Wanita Terawal Memasuki Islam Dan Membela Agama Allah.

 

40%

Undian penonton di rumah telah menyaksikan Da’i Amirul (67%) mendapat undian tertinggi diikuti Da’i Danial (66%) dan Da’i Syazwani (60%). Bagaimanapun, undian penonton adalah lebih kepada tahap kepopularitian mereka dan tidak menjamin mereka terselamat daripada penyingkiran.

Jangan lupa untuk terus memberi sokongan dan menyokong para pendakwah muda ini agar mereka terus berusaha menyampaikan pengetahuan, memberi motivasi dan kesedaran pada orang ramai tentang indahnya Islam melalui pentas Da’i Pendakwah Nusantara musim ke-6 ini dengan #DaiTV3 di laman sosial anda dan tonton persembahan mereka pada setiap hari Jumaat, jam 9.00 malam di TV3!

JURI TETAP

DA_I WAFI

DA_I SYAHMI

DA_I IMRAN

DA_I HAZIQ

DA_I HAFIZ

DA_I DANIAL

DA_I AMIRUL

DA_I ADAM

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RTM Ulang Siar SRENGENGE Telefilem Terbaik Anugerah Telenovela 2018

Yang Anda Perlu Tahu Tentang Lagu KAU TAKKAN TAHU Zizan Razak