PENSTRUKTURAN RTM : PERSEDIAAN MENGHADAPI DUNIA PENYIARAN ERA DIGITAL
Selaras dengan perkembangan teknologi, dunia penyiaran juga menerima perubahan dan kini dalam persediaan bertukar ke era digital. Kebanyakan negara di dunia telah pun memulakan proses pertukaran dari penggunaan sistem analog ke sistem siaran digital. Malaysia juga kini sedang dalam persediaan ke arah penyiaran digital dan mensasarkan penggunaannya menjelang tahun 2012.
Perkembangan dunia dan keperluan masyarakat yang berbeza juga telah mengubah dunia penyiaran daripada broadcasting kepada â€narrow castingâ€, kerana kini masyarakat lebih cenderung kepada sesuatu perkara yang mereka mahukan. Disinilah wujudnya kepada saluran-saluran khusus yang memberikan siaran mengikut keperluan masyarakat tertentu seperti saluran khusus untuk berita, hiburan, sukan, kanak-kanak dan lain-lain. Populariti kepada saluran â€rojak†atau pelbagai genre program dalam satu saluran semakin berkurangan.
Sebagai persediaan permulaan ke arah saluran yang lebih khusus dalam era digital, RTM telah mengorak langkah awal dengan melakukan penstrukturan semula ke atas dua saluran televisyennya.  Mulai 1 Januari 2009, RTM1 dan RTM2 yang bertukar kepada TV1 dan TV2 kepada dua saluran yang lebih khusus kepada dua genre yang berbeza, iaitu Informasi dan juga ceria.
TV1 sesuai dengan temanya â€Informasi†akan menjadi sebuah saluran Informasi yang mana ianya akan menumpukan kepada berita dan juga program-program berbentuk informasi seperti dokumentari, majalah dan bicarawara.
Program TV1 yang dimaksudkan ialah program berita yang merangkumi Nasional @ 1, Semasa @ 1, yang mana akan berlangsung setiap setengah jam. Selain itu ianya juga akan menyiarkan warta lain termasuklah Utama @ 1, National @ 1 (Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil), Wilayah @ 1, Dunia @ 1, Biz @ 1 (Malaysia/Singapura dan Malaysia/China), Sukan @ 1, Warta Serumpun, Galeri Perdana, Parlimen @ 1, Global @ 1 dan Info Sukan @ 1 yang selaras dengan matlamatnya menyampaikan informasi.
Masa-masa lain akan dipenuhkan dengan pelbagai prgoram-program informasi. Antaranya ialah mengekalkan Selamat Pagi Malaysia, HOT @ 1, Isu, Blog, Fenomena Seni bersama Rosyam Nor, Vasantham, What Say You selain memperkenalkan program baharu iaitu Dialog @ 1, Wanita @ 1, Pengguna @ 1 dan Eksklusif @ 1 selain program Di Luar Lingkungan bersama Sayed Munawar serta Santai @ 1 bersama Hezri. Istimewanya program-program baharu ini ialah ianya menampilkan perantara program di RTM mengendalikan program sendiri mengikut konsep yang tersendiri yang pasti berinformasi lagi menghiburkan.
Menerusi program dokumentari dan majalah, penonton berpeluang menyaksikan program menarik mengisi slot Lensa @ 1 iaitu Karyawan Muda, Simfoni Alam, Agro Jurnal, Intrend dan Gen X. Begitu juga menerusi program Generasi Y, Anakku Gemilang, X-Plorasi, Agrotek, Panorama dan Sukan. Bagi pengisian berbentuk nasional geografi pula, slot Vibrant, slot World Watch (doku luar negara) dan slot Special @ 1 yang menjanjikan program yang menarik khusus untuk tontonan peminat TV1.
Namun demikian, walaupun ada program-program yang telah ditetapkan, TV1 akan sentiasa memberikan kelebihan kepada berita dengan adanya news break dari masa ke semasa jika berlaku sesuatu kejadian ataupun bencana yang akan di bawa secara langsung daripada tempat kejadian.
Sementara TV2 pula tertumpu kepada saluran yang ceria untuk rakyat.
Program TV2 mengandungi program menarik berbentuk drama, filem, dokumentari dan program hiburan untuk tontonan pelbagai lapisan masyarakat. Ini bertepatan dengan slogan saluran yang mahu mengajak penonton berhibur dan ceria bersama di TV2.
Penonton TV2 berpeluang memilih menyaksikan drama dan drama bersiri mengisi slot Mustika On 2, Pilihan Jumaat, Drama Bersiri (Melayu, Inggeris, Tamil dan Mandarin), Galeri Famili, Citra @ 2, Farah Syakirah, Noktah Dendam, Gerak Khas, Perhentian Masa, Sutera @ 2 dan Mid Day Delight. Sementara itu tayangan filem-filem hebat tidak ketinggalan dapat disaksikan penonton menerusi slot Sinema Jumaat, Saturday Night Special @ 2, Golden Dragon, Cinema @ 2, Teater Legenda, Spice of India, Bollygood Time @ 2 dan Friday Night Movie.
Walaupun padat dengan program hiburan dan aksi lasak, TV2 tidak ketinggalan menyiarkan program kanak-kanak mengisi slot Smart Kids On (Lola & Virginia dan In The Night Garden) dan Kids On 2 iaitu Kiba, Poko, Pink Panther, Hidayat siri 3, Pelarian Nebula, Spectacular Spider, Master Raindrop dan Backegyamon selain Monster Warrior, Street Football, Duel Masters, Bola Kampung dan Chiki Boom. Ini merupakan sebahagian program-program menarik yang bakal disajikan kepada penonton kerana banyak lagi program baharu yang lebih mantap dan menarik akan dihidangkan dari semasa ke semasa.
Justeru diharap langkah penstrukturan RTM ini merupakan strategi terbaik untuk meningkatkan daya saing dalam usaha menyampaikan maklumat terkini dan hiburan kepada penonton TV1 dan TV2. Malah menarik lebih ramai penonton menonton RTM. Ini kerana dalam menghargai selera penonton RTM kini memberi peluang kepada para penonton untuk mendapatkan siaran yang penuh informasi di TV1 dan berhibur ceria dengan program ria di TV2.