in ,

Bas Shuttle Percuma Disediakan Untuk Penonton Konsert iKON & WINNER

Menghitung Hari Untuk Maraton K-Pop Bersama Ikon Dan Winner Persembahan K-Pop Tanpa Henti Di Hujung Minggu Perkhidmatan Bas Shuttle Percuma Disediakan Kepada Penonton

Dalam tempoh kurang seminggu dari sekarang, dua kumpulan idol K-Pop yang bernaung di bawah pengurusan YG Entertainment, iKON dan WINNER akan berada di Malaysia.

Shuttle Bus Services Image

Konsert iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR dan WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR, anjuran MacpiePro itu akan menggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam pada 13 Oktober (Sabtu) dan 14 Oktober (Ahad), pada pukul 6 petang.

Kuala Lumpur menjadi pilihan destinasi pertama dua kumpulan idol itu untuk menjayakan konsert mereka di Asia Tenggara. Tidak dinafikan peminat kumpulan iKON dan WINNER yang digelar iKONIC dan INNER CIRCLE pasti teruja untuk menonton persembahan artis kesayangan mereka secara langsung selepas melihat foto-foto menarik konsert idol kesayangan masing-masing sewaktu di Seoul dan Taipei.

Untuk memudahkan peminat pergi ke konsert, penganjur telah menyediakan bas shuttle percuma antara Stesen KTM Batu Tiga dan Stadium Malawati yang bermula pada pukul 10 pagi hingga 9.30 malam pada kedua-dua hari konsert berlangsung. Caranya mudah, bas-bas berkenaan akan menunggu peminat di hadapan pintu masuk Stesen KTM Batu Tiga sebelum bergerak ke destinasi, Stadium Malawati.

Barangan rasmi iKON dan WINNER akan turut dijual di kios yang disediakan sepanjang tempoh konsert berlangsung bagi membolehkan peminat memiliki cenderamata kenanganan kumpulan idol masing-masing.

Selain itu, iKONICS dan INNER CIRCLE juga berpeluang menonton persembahan terkini kumpulan kesayangan masing-masing dan menyanyi bersama-sama menerusi lagu hit mereka.

iKON, yang baru meraikan ulang tahun ketiga penubuhan kumpulan tersebut, membuat penampilan kedua di Malaysia, manakala WINNER pula baru pertama kali mengadakan konsert di sini.

winnerseating plan(6sep)

Tiket berharga RM373 (Zon Hijau) dan RM273 (Zon Biru) telah HABIS dijual, sementara tiket yang masih boleh dibeli adalah pada harga RM693 (Zon iKONIC/ Zon INNER CIRCLE), RM673 (Zon Merah), RM573 (Zon Kuning) dan RM483 (Zon Ungu).

Dapatkan tiket anda di www.ticketcharge.com.my. Setiap pembelian tiket akan mendapat poster rasmi sebagai tanda penghargaan.

Konsert K-Pop yang diadakan dua hari berturut-turut di Malaysia membuktikan pihak MacpiePro sentiasa berusaha memenuhi kehendak penonton untuk menikmati MUZIK TANPA TEKANAN dengan menawarkan harga tiket berpatutan kepada peminat yang berumur bawah 18 tahun.

WINNER Poster

Kumpulan iKON dan WINNER masing-masing mempunyai keunikan tersendiri. iKON dianggotai oleh tujuh ahli iaitu, B.I, Jay, Bobby, Song, Ju-ne, DK dan Chan. Huruf “C” dalam “ICON” digantikan dengan “K” bagi membayangkan bahawa anggota kumpulan tersebut mampu menjadi ikon Korea. Sementara itu, kumpulan WINNER pula dianggotai oleh empat pemuda, Yoon, Jinu, Hoony dan Mino.

Pastikan anda mengikuti @MacpiePro di Facebook dan laman web rasmi www.macpiepro.com untuk perkembangan terkini.

ikon seating plan (SOLD OUT) 6sep

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fikry Ibrahim Hos Siaran Langsung Bicarawara Hiburan HOTSPOT

Cinta Berubah Dalam Filem LOVE H20