in

Penjimatan Besar di Hari Raya Aidilfitri

MAXIS MEMBERI GANJARAN KEPADA PELANGGAN PADA HARI RAYA AIDILFITRI INI DENGAN PENJIMATAN BESAR

• Siri ‘Hotlink Super Jimat’ menawarkan pelanggan penjimatan melalui kadar suara dan SMS yang menarik pada musim perayaan ini
• Hotlink terus memberi ganjaran kepada pelanggan dengan tawaran inovatif yang relevan kepada gaya hidup mereka dan nilai terbaik untuk pengalaman mudah alih mereka.

super saver mashead

Hotlink, perkhidmatan prabayar No.1 Malaysia dari Maxis Berhad (“Maxis”), memberi ganjaran kepada pelanggan dengan penjimatan yang lebih melalui Siri Super Jimat untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini. Dengan kadar promosi ini, pengguna Hotlink boleh membuat panggilan yang lebih lama dan menghantar lebih banyak SMS semasa musim perayaan melalui tawaran Super Jimat Tambah Nilai, Super Jimat Tengah Malam dan Super Jimat Ahad.

Siri Hotlink Super Jimat termasuk:

  1. Super Jimat: Tambah Nilai – Pelanggan boleh menikmati 5 minit masa berbual percuma dan 50 SMS kepada semua talian Hotlink atau Maxis dengan tambah nilai minimum sebanyak RM10 (transaksi tunggal).
  2. Super Jimat: Tengah Malam – Pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga 88% di antara jam 12.00 pagi dan jam 10.00 pagi, dengan hanya RM1 untuk 30 minit, dan 50 sen untuk 50 SMS dan RM1 untuk 100 SMS.
  3. Super Jimat: Ahad – Setiap Ahad, para pelanggan boleh membeli masa bercakap bernilai 1 jam pada hanya RM1 untuk panggilan yang dibuat ke talian Maxis atau Hotlink. Ini memberi pelanggan kadar panggilan yang menakjubkan sebanyak hanya 1.6 sen seminit, dan ini diterjemahkan kepada penjimatan sehingga ke 94%.

Jeff Chong, Ketua Produk Mobiliti dan Perkhidmatan Antarabangsa Maxis berkata, “Siri Super Jimat kami pada asasnya memberikan nilai bertambah kepada para pelanggan kami yang ingin mendapatkan pulangan yang lebih daripada wang perbelanjaan mereka. Ia merupakan satu tawaran yang relevan kerana kami memberikan para pelanggan fleksibiliti untuk memilih dan ketenangan fikiran untuk berhubung dengan orang yang tersayang pada kadar yang amat menarik. Di Hotlink, kami sentiasa memberi ganjaran kepada pelanggan kami dengan tawaran inovatif yang relevan kepada gaya hidup mereka, serta nilai terbaik untuk pengalaman mudah alih mereka.”

Pada masa ini, Hotlink mempunyai 10.4 juta pelanggan, dan ini merupakan komuniti prabayar mudah alih yang terbesar di negara ini. Awal tahun ini, Maxis melancarkan pelan prabayar inovatif semua-dalam-satu yang memberikan pelanggan akses kepada kadar yang paling rendah dalam semua lima kategori – Panggilan Suara, SMS, Internet, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) dan Perantauan – untuk hanya RM5. Ini diikuti dengan pelan eksklusif untuk Sabah dan Sarawak, dengan manfaat tambahan panggilan percuma yang diberikan secara eksklusif untuk kawasan-kawasan ini.

Untuk menikmati tawaran Super Jimat ini, pelanggan Hotlink boleh mendail *100# atau layari www.hotlink.com.my.

Penjimatan Besar

Jeff Chong, Ketua Produk Mobiliti dan Perkhidmatan Antarabangsa Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Drama di TV2 Sempena Hari Raya Puasa 2012

Senarai Program TV Sempena Hari Raya Puasa 2012