in

Penjelasan Mimie Didakwa Mabuk & Ambil Dadah

Bagaikan tidak dapat lari daripada kontroversi sama ada cetusannya secara sengaja atau tidak, satu-satunya anggota wanita dalam kumpulan One Nation Emcees (ONE), Mimie, terkena lagi. Kali ini dia berdepan dengan tuduhan ‘’ting tong’’ (berkelakuan seperti orang tak normal) di khalayak ramai dalam sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Maka ramailah yang mula buat spekulasi bahawa Mimie seolah-olah seperti berada di bawah pengaruh luar. Ada yang kata, Mimie terhuyung-hayang sebab pengaruh alkohol, ambil ‘barang’ dan macam-macam tohmahan lain.

Menerusi sebuah ruangan akhbar sisipan di akhbar Utusan semalam, Mimie berkata dia hanya mampu tergelak. Malah kawan-kawan yang mengenalinya pun ketawa apabila mendengar tuduhan itu.

Tambahnya, dia tidak tahu kenapa orang menganggapnya tak normal ketika itu sedangkan dia memang selalu ‘ting tong’ (gila-gila). Bukan masa tu saja. Sebab itu adalah dirinya yang sebenar.

Andi A Merican Feat Mimi One Nation Emcees

“Saya normal okey! Apa yang lebih mengejutkan ada yang melabel saya dengan perkataan ‘ting tong’. Apa tu? Saya okey saja masa hal tu berlaku.

“Saya dijemput untuk buat persembahan bersama kumpulan O.N.E. Tak ada apa yang aneh pun. Jadi apa masalahnya? Lagu yang kami nyanyikan lagu Anak Kampung. Semua orang tahu lagu tu lagu rancak, tak akanlah saya nak kaku di atas pentas? Kalau nak sentuh bab menari, saya memang agresif. Sebagaimana saya buat persembahan di mana-mana tempat lain, macam itu jugalah saya ketika di atas pentas. Jadi apa yang tak kenanya?”

Sementara itu, mengulas mengenai berkelakuan tak normal, macam orang tak betul sejak masuk ke dalam dewan, dia menjawab,

“Kalau orang nak cakap pasal karakter saya, memang itulah karakter saya. Seorang yang happy go lucky. Takkanlah sebab saya seorang saja wanita yang berambut panjang, agresif dan menari gila-gila di atas pentas sedangkan artis lain yang datang boleh dikategorikan sopan dan baik, maka saya dijadikan sasaran untuk orang mencipta isu? Padahal, saya sangat okey dan kawan-kawan saya pun tahu (keadaan) saya okey.


“Mungkin mereka tengok saya ni mudah dijadikan sasaran untuk cerita-cerita begini, maka orang buat. Saya anggap ini satu dugaan. Sebelum ini pun saya dah pernah terkena. Jadi artis ni biasalah… sekali dua memang akan terkena. Tapi saya nak orang tahu yang saya tak ‘ting tong’. Istilah ‘ting tong’ menunjukkan (perangai) saya gila-gila tu lainlah. Itu memang karakter saya. Tapi ‘ting tong’ sebab benda lain memang salah.

“Mabuk? Majlis tu tengah hari kot. Nak mabuk tengah hari buta? Mengarutlah. Janganlah sampai macam tu buat cerita pasal saya. Tapi saya tak salahkan orang sebab masing-masing ada persepsi sendiri. Macam saya boleh buat persepsi sendiri tentang orang walaupun saya tak kenal orang tu. Macam tu jugalah orang lain.

“Saya memang selalu ‘ting tong’ (gila-gila). Bukan masa tu saja. Sebab itu adalah diri saya yang sebenar. Buat apa saya nak ‘plastik’ dan hipokrit, depan orang saya buat-buat sopan, di belakang saya jadi agresif. Itu seperti saya menipu diri sendiri. Tapi terus-terang, saya tak marah pun benda macam ni terjadi sebab saya tahu, bila orang tak kenal saya maka inilah jadinya. Bagi mereka yang kenal, mereka akan tahu Mimie ni orang yang bagaimana.

Semoga Mimie dapat mengawal kelakuannya pada masa akan datang dan orang di luar sana tak akan buat spekulasi yang bukan-bukan lagi selepas ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelakon Irwansyah dan Isterinya Zaskia Sungkar Akhirnya Dibebaskan

Zayn Malik One Direction Tidur Dengan Pelayan Kelab Malam