Sekarang ini, ramai sekali wartawan dan media ingin mendapatkan penjelasan lanjut dari tuan punya badan iaitu Awi Rafael sendiri untuk mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku ke atas pasangan ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Warner Music Malaysia mewakili Awi Rafael ingin memohon kepada rakan media untuk memberi ruang dan masa kepada Awi Rafael sebelum beliau dapat menjawab apa-apa persoalan atau membuat kenyataan yang seterusnya.
“Harap semua dapat memberikan masa dan ruang untuk saya bertenang.” – Awi Rafael
Awi Rafael kini berada di Singapura bersama keluarga tersayang dan memohon jasa baik rakan media memahami akan keadaan Awi.
“Awi juga berterima kasih kepada semua rakan media yang tidak pernah jemu menyokong kerjaya beliau dari dulu hingga kini. Sekian, terima kasih.”
– Awi Rafael
Budiey harap segala permasalahan dapat dijernihkan kembali dan Awi Rafael serta Atikah Suhaime diberikan ketenangan bagi menangani dugaan di dunia yang mencabar ini.