Kes pergaduhan di pusat bermain futsal minggu lalu telah mendapat perhatian netizen kerana melibatkan geng ‘influencer’ terkenal. Ramai netizen yang tidak berpuas hati dengan keganasan yang berlaku terutamanya apabila geng ‘influencer’ yang terlibat itu terkenal dengan kerja-kerja kebajikan membantu orang dalam kesusahan.
Terpalit dengan insiden pergaduhan di sebuah gelanggang futsal di Subang, YouTuber terkenal Isa Isarb tampil menafikan dakwaan orang ramai mengatakan kumpulannya membelasah seorang mangsa secara beramai-ramai.
Isa menjelaskan perkara berkenaan menerusi satu posting di Instagramnya semalam.
Menurut Isa, dakwaan itu tidak tepat kerana apabila dia sampai ke futsal berkenaan, pergaduhan telah pun berlaku membabitkan beberapa kelompok.
Isa Isarb, salah seorang ‘influencer’ yang terlibat dalam kejadian itu telah tampil menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku di dalam sebuah video yang dimuatnaiknya di akaun Instagram.
“Katanya kami 25 orang ramai-ramai belasah satu tu tak betul. Ketika kejadian saya berada di Mid Valley jadi lepas dapat panggilan saya terus ke sana.
“Sampai je sana masing-masing dah bergaduh, korang boleh tengok dekat video ni, banyak group bergaduh dalam futsal tu,” katanya.
Jelas Isa lagi, dia juga tidak faham bagaimana isu senjata kerambit boleh terbabit dalam pergaduhan ini.
“Saya boleh 100 peratus sahkan yang memang tiada kerambit guys. Perkara ini pun sudah disahkan oleh polis menerusi laporan mereka.
“Jadi benda ni semua hanyalah fitnah semata-mata,” katanya.
Jelas Isa, apa yang berlaku adalah disebabkan dia tidak dapat mengawal emosi apabila mendapat panggilan rakannya iaitu Hafiz, yang memberitahu bahawa dirinya telah dipukul.
Namun keadaan menjadi semakin kecoh, apabila mereka telah tersalah pukul orang lain yang disangka telah memukul Hafiz.
Isa turut mendedahkan dia mendapat panggilan dari pelakon, Aedy Ashraf yang telah menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku.
Selepas dari kekecohan itu, Isa ada berhubung dengan mangsa yang dipukul yang dikenali sebagai Rahimie.
Menurut Isa, dia tersentuh dan sebak kerana Rahimie memberitahunya bahawa dia selalu menonton saluran Youtube Isarb.
Demi menjaga reputasi Isa dan Isarb, Rahimie rela menarik kembali laporan polis yang telah dibuat dengan syarat perlu membayar pampasan sebanyak RM10,000.
Namun setelah berbincang, kedua-duanya setuju untuk menerima dan membayar pampasan sebanyak RM8000.
Tambah, isu tersebut juga sudah selesai dengan kedua-dua pihak telah menarik laporan yang dibuat di balai polis berikutan perselisihan faham yang berlaku.
Tambah Isa lagi, kes itu telah pun selesai pada malam kejadian, namun menjadi kecoh dan tular keesokkan harinya setelah kes ini ditularkan oleh seorang lelaki di Twitter.
Disebabkan kejadian ini, reputasinya sudah tercalar, dan terpaksa memulangkan lebih kurang RM40,000 duit pelanggan serta kehilagan 30,000 ‘subscriber’ di saluran Youtube.
Isa turut memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan mengakui semua yang berlaku akibat terikutkan emosi dan darah muda.
Diharapkan kita jangan attack semua kebaikan dia. Geng dia yang buat hal, nama dia pulak yang kena attack. Dia bersusah payah bantu orang ramai di Malaysia. Memang clan dia buat salah, salah tetap salah. Tapi jangan attack semua kebaikan yang dorang buat atas kesalahan diorang.