Suria FM menjadi pilihan hiburan bagi rakyat berbahasa Malaysia yang kian dinamik dan masih bertahan dalam senarai lima stesen paling popular di Malaysia dengan catatan 2.5 juta pendengar seminggu.
Apa yang membanggakan adalah jumlah masa mendengar yang diluangkan seminggu yang kini melonjak ke 11 jam, mengatasi stesen radio no 1 yang hanya berupaya mencatatkan 8 jam sahaja. Suria FM juga mencatatkan kenaikan sebanyak 7.3% pendengar berpendapatan isirumah RM5 ribu keatas.
Pendengar Ceria Pagi di Suria juga semakin meningkat sebanyak 16% dari tahun ke tahun di kalangan mereka yang berumur 20-29 tahun. Bagi pendengar Ceria Petang, pendengar yang berpendapatan isirumah RM5 ribu keatas meningkat sebanyak 115%. Peningkatan juga didapati di kalangan kumpulan professional, pengurus, eksekutif dan ahli perniagaan sebanyak 19%.
Pendengar Ceria Petang juga didapati meluangkan lebih banyak masa iaitu selama 3 jam 35 minit berbanding segmen petang radio lain yang hanya mencatatkan purata 2 jam lebih. Suria FM juga mencatatkan kenaikan jumlah pendengar di kawasan Pantai Timur sebanyak 109,000 orang.