in

Peningkatan Mendadak Jumlah Penumpang di LCCT Masa Cuti Sekolah

AirAsia ingin menyarankan kepada para tetamu yang bakal menaiki penerbangan dari Terminal Penerbangan Kos Rendah (LCCT) di Sepang agar tiba lebih awal di lapangan terbang, kerana jumlah penumpang didapati naik dengan mendadak semasa musim cuti sekolah ini.

Lebih 60,000 penumpang tiba dan berlepas dari LCCT dalam tempoh ini dan para tetamu dinasihati agar berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya 3 jam sebelum waktu penerbangan dan menguruskan segala formaliti perjalanan seawal yang mungkin, bagi mengelak daripada terlepas penerbangan disebabkan kesesakan.

Bagi kemudahan para tetamu, mereka boleh menggunakan servis daftar masuk sendiri melalui laman web atau peranti mudah alih. Ia boleh dilakukan dari 14 hari sebelum penerbangan dan sehingga 1 jam sebelum waktu perlepasan.

Bagi mereka yang mempunyai bagasi untuk didaftar masuk, kami menyarankan agar tiba lebih awal daripada biasa dan menggunakan servis Penandaan Bagasi Layan Diri bagi mengelak daripada beratur panjang di kaunter. Kiosk Penandaan Bagasi Layan Diri disediakan di LCCT untuk semua penerbangan AirAsia, dan terletak berdekatan kiosk daftar masuk layan diri. Penandaan Bagasi Layan Diri boleh dilakukan sehingga 1 jam sebelum waktu perlepasan penerbangan.

Selepas proses penandaan bagasi, tetamu boleh terus ke kaunter Deposit Bagasi dan kemudian ke pintu perlepasan. Kaunter Deposit Bagasi dibuka 3 jam sebelum perlepasan bagi penerbangan antarabangsa dan 2 jam sebelum perlepasan bagi penerbangan domestik. Para tetamu tanpa bagasi yang perlu didaftar masuk boleh terus ke Kaunter Pengesahan Dokumen untuk mengesahkan dokumen perjalanan dan ke pintu perlepasan.

Tempat pemeriksaan keselamatan, pemeriksaan bagasi dan imigresen juga dijangka sesak, oleh itu para tetamu dinasihatkan agar tidak melengahkan pergerakan mereka untuk memastikan sampai ke pintu perlepasan tepat pada masanya.

Bagi mereka yang masih memerlukan khidmat kaunter daftar masuk biasa, kami ingin memaklumkan bahawa kaunter daftar masuk disusun mengikut destinasi. Para tetamu yang akan berlepas ke destinasi domestik boleh mendapatkan bantuan di Kaunter R40 – R61, penerbangan antarabangsa (kecuali India & China) di Kaunter R3 – R39 dan penerbangan ke India & China di Kaunter S13 – S24. Para tetamu yang menggunakan perkhidmatan AirAsia X ke Australia, Taiwan, China (Beijing, Shanghai, Hangzhou, Chengdu), Nepal, Sri Lanka, Male, Jepun dan Korea boleh mendapatkan khidmat kaunter daftar masuk dia antara S40 dan S45 dan Tetamu Premium di S38 dan S39.

Juga disarankan agar para tetamu menempah awal hidangan dalam pesawat, kerana permintaan yang tinggi semasa musim cuti ini dapat membuatkan stok hidangan kehabisan. Pra-tempah hidangan memastikan hidangan yang diingini ada disediakan dan boleh dilakukan pada bila-bila masa selepas membuat tempahan penerbangan dan sehingga 24 jam sebelum waktu perlepasan. Kami juga ingin mencadangkan agar pembelian peruntukan berat bagasi dibuat lebih awal, bagi mengelak beratur panjang di kaunter bayaran bagasi semasa tempoh kesesakan ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Wan Hanafi Su Risau Kurang Tawaran Lakonan Selepas Menang Anugerah

Gambar Kereta Porsche Carrera GT Paul Walker Sebelum Kemalangan Ngeri