Tular di media sosial semalam apabila nama pelakon jelita, Rozita Che Wan disebut-sebut sebagai selebriti yang didakwa bersikap tidak sepatutnya ketika berurusan untuk membeli rendang dengan seorang peniaga online. Seorang peniaga rendang menceritakan pengalaman buruknya ketika meminta artis membuat ulasan tentang masakan rendangnya. Selain bersikap sombong, seorang artis telah mengugutnya untuk menularkan isu tersebut jika kehendaknya tidak dipenuhi. Artis tersebut didedahkan berdolak-dalik ketika membuat tempahan serta meminta diskaun untuk sekilo rendang berharga RM80. Hal ini membuatkan netizen mengecamnya.
Wanita tersebut dilihat telah memuat naik sebuah bebenang hantaran di laman Twitternya yang menzahirkan perasaan kesal dengan sikap Rozita serta selebriti tempatan lain apabila melakukan urus niaga.
Walaupun empunya status tidak menyebutkan nama, namun netizen membuat andaian bahawa artis tersebut ialah Rozita Che Wan memandangkan Che Ta sendiri memuat naik di IG Story sebelum memadamnya.
Rentetan itu, netizen turut membongkar perangai buruk segelintir artis.
Malah, keaslian akaun Che Ta turut dipertikaikan apabila jumlah likes tidak berpadanan dengan jumlah pengikutnya yang seramai lima juta orang. Follower beli ke?
Dalam masa sama, segelintir artis juga didakwa tidak memberi impak terhadap perniagaan mereka. Sudahlah membayar beribu ringgit dengan harapan artis yang memiliki jutaan pengikut itu berbaloi, namun hampa belaka.
Susulan daripada itu, ramai pengguna media sosial tampil mengecam tindakan Rozita Che Wan kerana tidak menyangka bahawa dia sanggup memperlakukan sedemikian rupa.
Jadi, apa pendapat anda? Artis tak boleh minta diskaun ke?