Realitinya orang berjaya banyak menghabiskan masa mereka dengan meluangkan masa menambah pengetahuan dan ilmu dalam setiap bidang pelaburan termasuk saham, hartanah dan lain-lain. Walaupun tiada jaminan untuk seseorang itu menjadi kaya selepas menonton program ini, tapi ia boleh menjadi asas dan panduan yang baik dalam pengurusan kewangan.
Menemui penonton mulai 6 Januari ini, setiap Rabu dan Khamis, pukul 6.00 petang di TV1, 13 episod program ini menampilkan Nazril Idrus sebagai hos yang bakal wawancara pakar-pakar perunding bidang kewangan.
Menarik dikongsikan dalam topik Ă¢â‚¬ËœDuit Dalam KocekĂ¢â‚¬â„¢ yang menjelaskan jumlah pendapatan rakyat Malaysia berbanding perbelanjaan, Ă¢â‚¬ËœAbang Pencen BergayaĂ¢â‚¬â„¢ tentang persediaan kewangan bagi pesara, Ă¢â‚¬ËœPayung Sebelum RibutĂ¢â‚¬â„¢ berkaitan pengurusan risiko, ‘Ă¢â‚¬ËœKait Jaring KeselamatanĂ¢â‚¬â„¢ tentang cabaran yang mengganggu pengurusan kewangan dan aliran tunai seseorang, Ă¢â‚¬ËœYang Ditunggang, MenunggangĂ¢â‚¬â„¢ merupakan topik episod rancangan kali ini yang berkaitan dengan kereta serta pinjaman dengan pihak bank.
Sementara itu dalam tajuk Ă¢â‚¬ËœBerteduh Bukan BergaduhĂ¢â‚¬â„¢ tentang pemilikan hartanah, Ă¢â‚¬ËœSekeping Kad BerbungaĂ¢â‚¬â„¢ topik tentang kad kredit yang ditawarkan bank, Ă¢â‚¬ËœTak Salah BerhutangĂ¢â‚¬â„¢ bersama wakil Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK) mengupas topik berkaitan pengurusan hutang, Ă¢â‚¬ËœTabung Kapal TerbangĂ¢â‚¬â„¢ berkaitan perancangan untuk mengembara, Ă¢â‚¬ËœPuaka Saka PusakaĂ¢â‚¬â„¢ tentang harta pusaka yang tidak dituntut, Ă¢â‚¬ËœDitutup Bercampur-campurĂ¢â‚¬â„¢ iaitu pelaburan bagi menggandakan kewangan seseorang dan tajuk Ă¢â‚¬ËœRezeki Baik DikongsiĂ¢â‚¬â„¢ berkaitan isu cukai pendapatan oleh seorang wakil dari Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Tambahkan juga pengetahuan anda tentang pelan perlindungan juga mampu menjana perdapatan bulanan sebagai persediaan di usia emas, tabung kecemasan di instrumen kalis inflasi dan menyimpan dalam bentuk emas, pelaburan hartanah boleh mendatangkan hasil sekiranya dilakukan dengan cara yang betul, dan disiplin diri memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kewangan melalui penggunaan kad kredit.
Ada juga perkongsian tips untuk menjana pendapatan melalui empat kaedah tertentu, kaedah dalam membuat perancangan harta pusaka serta tip-tips untuk memudahkan pengurusan harta tersebut, kaedah untuk menyediakan dana persaraan sebanyak RM1 juta dengan menabung menerusi pelaburan yang betul dan juga sistem percukaian negara perlu diterapkan sejak di bangku sekolah lagi supaya pengurusan kewangan mula dipelajari pada usia muda.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.