Berkat gandingan usaha bersama isteri, penyanyi Siti Sarah bagai cendawan tumbuh selepas hujan, dia berjaya mengembangkan beberapa cawangan Bubble Bee di sekitar negara.
Terbaru, timbul satu isu berkenaan sebuah cawangan baru Bubble Bee di Jalan Beserah, Kuantan telah diserbu oleh pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) kerana dikatakan beroperasi tanpa lesen premis perniagaan.
Malah, pengendali makanan yang bekerja di kafe itu juga didakwa tidak mempunyai kad kesihatan. Laporan itu dikongsi menerusi laman Facebook MPK hari ini.
“Penutupan kedai minuman Bubble Bee di Jalan Beserah kerana beroperasi tanpa lesen premis perniagaan. Selain dari tiada lesen perniagaan, pengendali makanan juga tidak mempunyai kad kesihatan,” tulis kapsyen posting tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menunjukkan reaksi yang berbeza-beza. Ada yang menyokong tindakan MPK, namun ada juga yang tidak bersetuju dan mempersoalkan tindakan MPK yang disifiatkan ‘memilih bulu’.
Bagaimanapun, seorang individu yang mendakwa dirinya sebagai wakil bahagian pengurusan kedai tersebut turut tampil memberi penjelasan di ruangan komen posting berkenaan.
Baru lancar semalam?
Menurutnya, masalah terbabit terjadi kerana setiap dokumen yang dihantar menggunakan khidmat ‘runner’ perlesenan, tidak diserahkan ke bahagian perlesenan MPK.
Pengurusan BubbleBee Bersuara:
Kafe tersebut pertama kali beroperasi di Menara U2, Shah Alam pada Disember 2019 lalu. Sepanjang tahun 2020 sahaja, sebanyak 28 rangkaian atau cawangan mula beroperasi dari semasa ke semasa.
Sumber: Facebook Majlis Perbandaran Kuantan