in

Penginapan Serba Lengkap di The Capital Residence Suites Brunei

Bandar Seri Begawan merupakan salah satu ibu negara Asia Tenggara yang mula mendapat tempat di kalangan pengunjung serantau khasnya rakyat Malaysia. Jarak Brunei dan KL yang hanya memakan masa sekitar dua jam dengan menaiki kapal terbang memudahkan lagi perjalanan para pengunjung dari Malaysia.

The Capital Residence Suites

Lantas, keperluan untuk tempat persinggahan dan penginapan di sini semakin meningkat. Walaupun semakin banyak hotel-hotel baru yang muncul di bandar ini, namun terdapat beberapa tempat penginapan di Brunei yang tampil bertahan dengan konsepnya yang tersendiri. The Capital Residence Suites di merupakan salah satu hotel yang dimaksudkan.

Terbina di kawasan pinggir Bandar Seri Begawan, kedudukan strategiknya menyebabkan ramai yang memilih untuk bermalam di sini. Biarpun ia terletak di kawasan yang khas dan tersendiri, kemudahan serta perkhidmatan yang ditawarkan di sini masih lagi utuh dan malah semakin bagus saban hari. Apalagi dengan senireka dalamannya yang seiring dengan gaya kontemporari hotel-hotel lain masa kini.

Yang lebih istimewa, hotel ini bukan sahaja menawarkan bilik-bilik dan suite seperti hotel-hotel mewah yang lain tetapi tujuan utama mereka adalah untuk mewujudkan tempat tinggal dan bukan sekadar bilik biasa. Dengan konsep suite sepenuhnya, setiap unit persis pangsapuri mewah dengan perkhidmatan (serviced apartments).

Terdapat pilihan suite yang berbagai iaitu Executive Suites untuk empat orang, Junior suites untuk dua orang, Standard room untuk dua orang serta single standard room untuk seorang. Ini diserikan lagi dengan perkhidmatan terbaik para pekerja hotel yang datang untuk mengemas seluruh suite seperti di hotel lima bintang yang lain. Malah setiap unit mempunyai sambungan internet wi-fi, selain kemudahan terkini yang lain seperti televisyen berkabel dan sebagainya.

Selain sarapan yang disediakan berserta suite, apa yang membezakan The Capital Residence Suites adalah perkhidmatan ekstra mereka iaitu pengangkutan percuma! Perkhidmatan ‘shuttle’ mereka yang hebat boleh membawa anda ke tempat-tempat penting dan menarik sekitar kawasan utama Brunei seperti tempat-tempat tarikan pelancong di Bandar Seri Begawan, Kiulap, Gadong, Muara, dan juga Jerudong. Semestinya perkhidmatan menjemput dan menghantar dari serta ke lapangan terbang juga turut tersedia bagi kesemua tamu tanpa sebarang bayaran juga.

Setiap suite turut dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan berlainan seperti mesin pencuci pakaian serta dapur kecil dan ruang tamu di suite-suite tertentu. Penginapan ini sering menjadi tumpuan para tamu yang mempunyai urusan kerja di kawasan sekitar pusat bandar serta keluarga yang ingin mencari penginapan yang lengkap dan praktikal. Ini kerana hotel ini berdekatan dengan pusat-pusat perdagangan dan pelancongan terkemuka seperti pusat-pusat membeli-belah dan sebagainya. Malah laluan ke jalan lingkaran luar memudahkan para tamu untuk ke destinasi masing-masing.

Dengan mengutamakan kualiti dalam perkhidmatan, serta kedudukan yang sangat memuaskan hotel ini memang sesuai didiami mereka yang inginkan penginapan yang praktikal namun masih menepati ciri-ciri sebuah hotel.

Jaraknya yang kurang dari 15 minit ke lapangan terbang serta pusat-pusat pelancongan Brunei yang lain menjadikan ia satu hotel yang ideal. Apatah lagi dengan kelebihan di mana para tetamu tidak perlu risau soal kenderaan dan transportasi! Jadi sekiranya anda tercari-cari, penginapan di Brunei, pastikan The Capital Residence Suites menjadi pilihan anda!

The Capital Residence Suites : Konsep penginapan lengkap dan praktikal di Brunei
oleh Shah Shamshiri

The Capital Residence Suites

The Capital Residence Suites

The Capital Residence Suites

The Capital Residence Suites

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Bersiri Satu Hari Temukan Remy Ishak & Sara Ali

AirAsia Lancar Pesawat Thank You Sabah