in ,

Penginapan Ceria Di Hotel Yello Harmoni Jakarta

Siapa kata yang baik itu sering terlalu mahal harganya? Zaman sekarang banyak barangan serta perkhidmatan yang ditawarkan mampu diperolehi oleh ramai orang kerana tawaran harga yang sangat berpatutan.

Selain penerbangan tambang murah kita juga kini mempunyai banyak pilihan lain seperti hotel bersewa rendah dan sebagainya. Dan salah satu jenama hotel terbaru yang terkenal di negara jiran kita Indonesia, iaitu kumpulan hotel Yello turut menawarkan sewa berharga istimewa yang dimaksudkan.

Yello Room

Antara yang terbaru di Jakarta, hotel Yello Harmoni menawarkan perkhidmatan dan bilik-bilik yang sangat menarik pada harga yang sangat berpatutan.

Terletak di kawasan pusat Jakarta serta di atas pusat membeli-belah gaya hidup Harmonie Exchange atau HXC hotel ini dibina untuk memenuhi pasaran pelancong yang semakin ramai di Jakarta selain daripada tetamu yang datang bagi tujuan perniagaan luar negara.

Lokasinya yang sangat dekat dengan stesen pengangkutan awam ‘Busway’ serta stesen keretapi Gambir menjadikannya satu pilihan yang sesuai bagi mereka yang mahukan kesenangan dalam bergerak sekitar kota.

Net Zone

Seperti namanya, ia menampilkan bilik-bilik yang ceria dengan penggunaan warna kuning sebagai warna tema. Ia juga dilengkapi sebuah restoran Wok n Tok, sebuah ‘gaming station’ untuk bermain alat video, ruangan internet atau Netzone, ruang mesyuarat dan macam-macam lagi. 
Semestinya setiap bilik dilengkapi dengan kemudahan internet percuma serta televisyen berlayar leper LCD.

Lebih menakjubkan juga adalah pemandangan kota Jakarta yang dapat dinikmati dari bilik-biliknya kerana hotel ini berada tinggi di atas HXC Ma

Oleh itu, hotel ini sangat sesuai buat anda yang mahukan hotel berkualiti tetapi menawarkan harga yang sangat berpatutan dengan kemudahan serta lokasinya.

Bukan sahaja bilik-biliknya cantik dilihat tetapi juga sangat selesa untuk didiami. Jadi pastikan Yello Harmoni Jakarta menjadi pilihan anda sekiranya berkunjung ke Jakarta!

Artikel travel ini ditulis oleh: Shah Shamshiri
Yello Harmoni
WokNTok Restaurant
Lobby Yello Harmoni
Game Zone Yello Harmoni

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yello Hotel Paskal Bandung Yang Murah & Meriah!

Doula: Peneman Ibu Atau Pengganti Doktor?