in , ,

Pengikut Instagram Semakin Menurun Lepas Ikmal Amry Umum Bertunang

Pelakon yang semakin meningkat naik namanya, Ikmal Amry mengakui jumlah pengikut dan peminatnya di laman Instagram turun mendadak sejak dia mengumumkan sudah bertunang pada bulan Mei lalu.

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Zulikmal Amry Ghazali, 26, ini, dia menyifatkan perkara itu sebagai satu perkara biasa yang sering terjadi terhadap golongan selebriti yang ingin mendirikan rumah tangga. Ikmal kini mempunyai lebih 427,000 pengikut di laman Instagram peribadinya.

“Saya ada isu sedikit dengan peminat di mana ada dua golongan peminat yang mana satu, mereka berasa sangat gembira yang saya nak kahwin dan ada satu lagi golongan peminat yang boleh saya katakan sedikit obses kerana mereka tidak mahu melihat saya mendirikan rumah tangga,”

– Ikmal Amry
Ikmal Amry Bertunang

“Ada yang DM (direct message) kata mereka sedih dan patah hati bila tahu saya nak kahwin. Yang marah saya nak berkahwin pun ada. Disebabkan hal itu, saya nampak jumlah pengikut di Instagram semakin menurun pada setiap hari.

“Saya percaya mereka terlalu obses dengan watak Ray yang dilakonkan saya dalam drama bersiri Gantung sebab itu mereka halang saya untuk berkahwin.

“Tapi saya balas balik dengan mereka, Randy Pangalila (pelakon siri Gantung) boleh kahwin, kenapa saya tak boleh berkahwin,”

– Ikmal Amry

Ikmal ditemui pada majlis menandatangani kontrak perjanjian di bawah syarikat pengurusan Absolut Talents & Management yang berlangsung di Bangsar, semalam.

Pelakon kelahiran Melaka itu sebelum ini mengumumkan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan Najla Samshul di kediaman wanita tersebut di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 27 Mei lalu.

Ikmal juga mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada 19 Disember depan dan setakat ini persiapan perkahwinan berjalan dengan baik dan lancar.

“Kami akan adakan dua majlis sahaja, satu di Kuala Pilah dan di sebelah saya akan diadakan di Subang Jaya pada 27 Disember nanti. Setakat ini persiapan sudah berjalan dan Najla banyak membantu saya disebabkan saya sedikit sibuk dengan kerja.

“Untuk saya sendiri, saya lebih mempersiapkan diri daripada segi rohani, bagaimana untuk menjadi suami yang baik sebab bukan satu perkara yang mudah untuk jaga anak orang. Saya banyak minta nasihat daripada kawan-kawan yang sudah berkahwin dan bertanya sendiri pengalaman mereka,”

– Ikmal Amry

Ikmal Amry memulakan langkah dalam bidang seni sejak menyertai pertandingan Hero Remaja, tiga tahun lalu.

Ikmal juga mengatakan dia tidak risau sekiranya popularitinya akan semakin merudum selepas berkahwin kerana dia yakin dengan rezeki yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

“Sejujurnya nama saya naik sebab saya nak kahwin. Lepas saya beritahu dah bertunang, banyak produksi panggil saya berlakon dan Alhamdulillah bulan Oktober ini saya akan jalani penggambaran untuk dua buah filem.

“Saya tidak risau sekiranya populariti merudum lepas dah kahwin kerana saya percaya rezeki semua datang daripada Allah. Lagi kita nak kahwin, lagilah Dia bagi (rezeki meluas) sebab kita nak buat benda yang baik (berkahwin),”

– Ikmal Amry
Sumber: KopiPlanet.com

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nazmi Irfan Buat Comeback Lancar Lagu ASMARA CINTA

Cara MukaRakat Menarik Perhatian Wanita menerusi Single NONA