Menerusi video berdurasi selama 15 saat itu, kelihatan Fasha memakai baju renang berwarna hitam sambil bermesra-mesra dengan suaminya yang tidak memakai baju.
Video Fasha itu mendapat kecaman ramai kerana dianggap keterlaluan dan tidak sesuai untuk ditayangkan pada khalayak umum.
Malah, ada yang menyifatkan Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan tidak sensitif dan semakin melampau.
Fasha ditemui ketika pelancaran produk Beutinia di Cheras, Selangor ada alasannya sendiri.
“Niat saya berkongsi bukan menunjuk kemesraan tetapi inilah yang akan kami ingat masa akan datang.
Bukan hanya kecaman, ada juga bertindak tidak lagi mengikut pelakon laman Instagram.
Akan tetapi menurut Fasha, berdasarkan semakan terkini, bilangan melebihi jumlah yang menekan butang unfollow.
Mungkin lokasi video tersebut dianggap tidak sesuai kerana ia di tab mandi. Kalau di taman rasanya tiada masalah, komennya.
Dalam perkembangan lain, Fasha berkata, dia tidak segera memberi kata persetujuan apabila ditawarkan menjadi duta produk Beutinia.
Fasha mengambil masa sebulan sebelum bersetuju menjadi duta produk Beutinia.
Menjalankan tugas untuk mempromosikan video, Fasha juga mengambil masa lebih sebulan sebelum mengikat kontrak sebagai duta.
Sebelum ini, Fasha telah beberapa kali dikritik dan ditegur netizen gara-gara semakin galak berkongsi video mempamerkan aksinya menari.
Ramai berpendapat Fasha berbuat demikian kerana mahu menunjukkan bentuk badannya yang semakin ramping dan kurus selepas mengamalkan disiplin pemakanan ketat, selain mengambil produk menguruskan badan.
Bagaimanapun, menerusi perkongsiannya dalam Instagram, Fasha menafikan hal tersebut apabila memberikan bukti dalam bentuk video mengenai aktiviti menari yang sudah dimulakan sejak dulu tanpa mengira saiz tubuh badannya.