Bersama-sama pengenalan iPhone generasi baru, ia turut menyertakan sistem operasi yang diberikan nafas baru dengan pelbagai ciri-ciri terkini. Bercakap mengenainya, kini Apple mengatakan iOS 13 yang serba baru berkenaan bakal ditawarkan kepada pengguna bermula 20 September 2019 kelak.
iOS 13 menyertakan pembaharuan pada sejumlah aplikasi, termasuk menyertakan mod gelap yang baharu, kemaskini pada Apple Maps, ciri Find My yang diberikan nafas baru, kemaskini pada papan kekunci, sokongan Memoji sebagai sticker, dan beberapa yang lain.
Untuk info pembaca, buat masa ini versi iOS 13 beta masih dalam peringkat pembangunan yang hanya boleh digunakan oleh pembangun yang berdaftar dan pengguna yang berdaftar dengan Apple Beta Software Program sahaja.
iOS 13 akan boleh digunakan pada iPhone XS, iPhone XS Max, iPhone XR, iPhone X, iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone 7, iPhone 7 Plus, iPhone 6s, iPhone 6s Plus, iPhone SE dan juga iPod Touch (Gen-7).
Bagi anda yang menggunakannya, boleh nantikan 20 September ini untuk menikmati kemaskini terbaru iOS ini.
Jadi sementara menunggu iOS 13, anda bolehlah membuat salinan (backup) terhadap iPhone anda dahulu bagi mengelakkan sebarang kehilangan data yang boleh berlaku ketika proses kemas kini iPhone dibuat.