Apakah airasia chat?
Melissa Lim, Ketua airasia chat berkongsi bahawa pasukannya ingin melihat airasia chat menjadi sebuah platform sehenti menghubungkan para pengguna untuk menikmati pengalaman sembang sosial dengan mudah. Beliau menambah, “Kami juga akan memperkenalkan ciri-ciri menarik pada masa akan datang yang setanding dengan ciri aplikasi lain dan akan diumumkan tidak lama lagi.”
Sumit Ramchandani, Ketua Pegawai Eksekutif airasia media group berkata, “Kami kini telah berkembang lebih daripada sebuah syarikat penerbangan. Daripada menghubungkan para tetamu ke destinasi pilihan mereka, kami telah berkembang menjadi sebuah syarikat perjalanan dan gaya hidup digital untuk semua merangkumi perkhidmatan penghantaran makanan, barangan runcit, beli-belah dan banyak lagi melalui airasia super app.
Kini, airasia super app bukan sahaja sebuah platform perkhidmatan pesanan, malah ruang untuk semua orang berhubung, sertai pelbagai komuniti menarik dan memupuk perdagangan berasaskan sosial – jadi inilah masanya untuk kami memperkenalkan ciri airasia chat menerusi aplikasi ini.
Fungsi airasia chat dalam aplikasi ini ditubuhkan sebahagian daripada AirAsia Media Group untuk memanfaatkan aplikasi kami dan kami yakin aplikasi ini akan meningkatkan penggunaannya melalui ruang sembang yang menarik seterusnya menggalakkan penggunaan aplikasi yang lebih kerap. Dari perspektif pengguna, mereka boleh mengetahui mengenai keseluruhan ekosistem airasia melalui airasia chat ini.”
Apakah ciri-ciri yang terdapat di airasia chat?
Sertai komuniti
Anda boleh memilih untuk menyertai komuniti yang menarik dan bersembang bersama pengguna lain. Hanya sertai komuniti pilihan anda, tekan sertai dan mula bersembang.
Antara komuniti yang paling ramai disertai adalah Kuala Lumpur Travellers dan Bali Travellers, manakala airasia.com promotion mempunyai pengikut tertinggi untuk Saluran (Channel) di airasia chat. Banyak lagi ruang sembang dan saluran menarik akan diperkenalkan untuk memenuhi permintaan pengguna yang semakin berkembang.