Seperti filem terdahulu – Kong: Skull Island dan Godzilla vs. Kong – projek yang masih belum mempunyai tajuk itu dijangka akan menjalani penggambaran di sekitar Gold Coast dan tenggara Queensland.
“Kami berbesar hati untuk mengalu-alukan kedatangan Legendary Pictures ke Queensland, selepas penggambaran Kong Skull Island dan Godzilla vs. Kong di negeri itu pada 2016 dan 2019,” kata Perdana Menteri Annastacia Palaszczuk dalam satu kenyataan.
“Jelas sekali krew tempatan kami yang berkemahiran tinggi, lokasi yang pelbagai dan kemudahan kelas pertama adalah kad cabutan yang pasti membuatkan mereka untuk kembali semula.”
Sekuel Godzilla vs. Kong pertama kali dilaporkan pada tahun lalu, namun pihak studio tidak mengesahkan atau menafikan laporan media.
Butiran lanjut mengenai projek terbaru MonsterVerse itu masih belum diketahui, tetapi laporan awal menyebut ia berkemungkinan bertajuk Son of Kong. Tidak dipastikan sama ada Adam Wingard akan kembali sebagai pengarah, tetapi projek itu sekali lagi akan diterbitkan oleh Eric McLeod.
Godzilla vs. Kong merupakan filem keempat dalam francais MonsterVerse selepas Godzilla (2014), Kong; Skull Island dan Gozilla: King of the Monsters. Adam Wingard (Death Note) berkhidmat sebagai pengarah, manakala lakon layar yang ditulis Eric Pearson (Thor: Ragnarok) dan Max Borenstein (The Terror).
Barisan pelakon terdiri daripada Alexander Skarsgård, Millie Bobby Brown, Rebecca Hall, Brian Tyree Henry, Shun Oguri, Eiza González, Jessica Henwick, Julian Dennison, Kyle Chandler, Demián Bichir, Zhang Ziyi, Van Marten dan Lance Reddick.