Dalam Instastory pengendali akaun tersebut, permohonan maaf berkenaan dibuat atas penyebaran posting yang memberi gambaran tentang berita ‘Datuk Seri dicekup berkhalwat’ adalah menjurus kepada pelakon berkenaan.
“Sebelum posting itu dibuat kami menerima dm dari follower yang memberitahu bahawa lelaki itu mungkin Datuk Fizz Fairuz kerana beliau ketika itu berada di Terengganu, lalu kami membuat posting andaian tersebut.
“Diakui itu memang kesilapan kami, posting tersebut telah dipadam sejam selepas ia dimuat naik. Kami tahu impak posting itu mungkin menjejaskan reputasi Datuk dan kami ingin memohon maaf sekali,”
Sebelum ini, Fizz mahu mengambil tindakan saman terhadap individu yang telah melemparkan fitnah dan mengaitkan dirinya dengan isu seorang lelaki bergelar Datuk Seri ditangkap berkhalwat bersama pasangannya di Pulau Perhentian baru-baru ini.
Memandangkan fitnah tersebut telah memberi impak yang buruk terhadap dirinya, Fizz memberi tempoh seminggu kepada pihak berkenaan untuk tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.
Kredit Foto: Instagram Datuk Fizz Fairuz